Kenyataan Media Video

2008-2018: SELANGOR NEGERI GAGAL DI BAWAH PAKATAN MASALAH AIR YANG TAK SUDAH DAN CUBAAN KERAJAAN PAKATAN PINDAH DUIT RAKYAT KEPADA KRONI

19 April 2018

1. Kerajaan Negeri Selangor memegang saham yang besar dalam syarikat air SPLASH dan SYABAS. Mereka mempunyai kuasa dan pengaruh ke atas kedua-dua syarikat ini.

2. Apabila SPLASH menyaman SYABAS sebanyak RM4.2 billion baru-baru ini, SYABAS berkemungkinan besar akan bankrap.

3. SYABAS adalah syarikat infrastruktur keperluan asas air utama di Selangor. Jika ianya bankrap atau ditutup, berjuta-juta rakyat di Lembah Kelang akan menghadapi masalah air yang lebih kerap dan berlanjutan. Ini akan menjadi masalah yang amat besar kepada keseluruhan ekonomi, kesihatan dan keselamatan awam.

4. Oleh sebab di atas, Kerajaan Negeri Selangor dan YAB Menteri Besar Selangor tentunya tahu bahawa SYABAS tidak boleh dan tidak akan dibenarkan bankrap atau ditutup.

5. Oleh yang demikian, mereka juga tentunya tahu bahawa sekiranya SPLASH menang saman mereka ke atas SYABAS, ini akan “memaksa” Kerajaan Pakatan Selangor untuk mengambil kesempatan bagi kononnya “menyelamatkan” atau bail out SYABAS untuk membayar syarikat kroni mereka iaitu SPLASH sebanyak RM4.2 billion.

6. Tindakan ini akan menipiskan atau mengosongkan simpanan rizab perbendaharaan negeri dan menjejaskan keadaan kewangan Kerajaan Negeri Selangor.

7. Jika ini berlaku, berbillion duit rakyat Selangor akan berjaya dipindahkan daripada perbendaharaan negeri kepada syarikat kroni oleh Kerajaan Pakatan. Kroni Pakatan akan menjadi lebih kenyang lagi namun Kerajaan Negeri Selangor akan bankrap.

 

0 comments on “2008-2018: SELANGOR NEGERI GAGAL DI BAWAH PAKATAN MASALAH AIR YANG TAK SUDAH DAN CUBAAN KERAJAAN PAKATAN PINDAH DUIT RAKYAT KEPADA KRONI

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Google photo

You are commenting using your Google account. Log Out /  Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: