Kenyataan

AZMIN DIGESA LETAK JAWATAN GAGAL TANGANI MASALAH AIR

11 Mac 2018

1. Langkah Menteri Besar Selangor yang menyalahkan pihak-pihak lain termasuk YAB Perdana Menteri terhadap krisis air di Selangor adalah tidak bertanggungjawab dan melepas tangan sedangkan air adalah di bawah bidang kuasa dan tanggungjawab Kerajaan Negeri.

2. Negeri-negeri lain tidak mengalami masalah air seteruk di Selangor. Mengikut Persatuan Air Malaysia, separuh daripada keseluruhan jumlah kes terputus bekalan air di seluruh negara pada tahun-tahun kebelakangan ini berlaku di negeri Selangor iaitu sebanyak 80 ribu kes daripada sejumlah 160 ribu kes di kesemua negeri di seluruh negara.

3. Kenyataan Speaker Dewan Undangan Negeri Selangor, Hannah Yeoh yang menyalahkan syarikat bekalan air SPLASH ke atas episod bekalan air terputus di Selangor minggu ini umpama meludah ke langit dan menyalahkan diri sendiri kerana SPLASH adalah syarikat yang dimiliki oleh Kerajaan Negeri Selangor yang memegang 30% ekuiti syarikat tersebut melalui Kumpulan Darul Ehsan Berhad.

4. Sekiranya YAB Menteri Besar Selangor dan Kerajaan Negeri Selangor tidak mampu untuk mentadbir dan menguruskan perkara asas seperti air ini, adalah disarankan supaya mereka meletakkan jawatan dan menyerahkan tanggungjawab ini kepada kerajaan yang lebih mampu supaya rakyat tidak terus teraniaya dan menderita akibat kegagalan Kerajaan Negeri ini.

Isham Jalil
Presiden Sukarelawan Malaysia

0 comments on “AZMIN DIGESA LETAK JAWATAN GAGAL TANGANI MASALAH AIR

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Google photo

You are commenting using your Google account. Log Out /  Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: