Rencana

KOS SARA HIDUP

 

Saya memulakan kerjaya pada pertengahan tahun 1999 selepas tamat belajar dan pulang dari luar negeri. Pada ketika itu negara masih mengalami krisis ekonomi paling teruk dalam sejarah. Ramai orang hilang pekerjaan dan orang-orang muda susah mencari kerja.

Saya sendiri merasai bahang akibat daripada krisis ekonomi tersebut. Walaupun tamat belajar dengan ijazah kelas pertama daripada salah sebuah universiti terkemuka dunia, saya terpaksa membuat kerja-kerja buruh dan sambilan selama hampir setengah tahun untuk menampung perbelanjaan harian sementara mencari kerja yang lebih sesuai dengan tahap pengajian saya.

Pada akhir tahun 1999, alhamdulillah saya telah mendapat kerja sebagai eksekutif pelatih di salah sebuah syarikat berkenaan Kerajaan dengan gaji permulaan sebanyak RM1,350 sebulan. Saya amat bersyukur kerana bukan senang untuk mendapat kerja pada ketika itu. Akibat krisis ekonomi, masih ramai orang tidak ada kerja.

Tiga tahun kemudian, pada tahun 2002 saya berkahwin dan memulakan keluarga dengan seorang peguam. Sebagai seorang suami dan ketua keluarga, antara perkara pertama yang difikirkan untuk melaksanakan tanggungjawab saya ialah untuk menyediakan tempat tinggal. Selepas beberapa tahun menyewa, kami memikirkan untuk membeli rumah. Dengan sedikit simpanan dan pendapatan bersama yang ada, kami telah membeli sebuah pangsapuri sederhana. Bayaran rumah dan sewa ini adalah kos terbesar perbelanjaan kami setiap bulan.

Saya amat memahami kesukaran yang dihadapi oleh masyarakat berkenaan kos sara hidup terutama kepada orang-orang muda yang baru tamat pengajian, yang baru memulakan keluarga dan tinggal di bandar-bandar. Saya pernah alami kesukaran ini.

Saya juga bertekad tidak akan biarkan negara mengalami krisis ekonomi lagi seperti yang berlaku pada tahun 1997-1999 dahulu. Saya telah melalui peritnya. Saya dan rakan-rakan dalam kerajaan akan sedaya upaya berusaha untuk terus membantu YAB Perdana Menteri untuk mengembangkan ekonomi supaya rakyat terus mempunyai peluang pekerjaan dan pendapatan yang meningkat untuk menampung kos sara hidup dan menyara keluarga dengan lebih selesa.

-Isham Jalil

0 comments on “KOS SARA HIDUP

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Google photo

You are commenting using your Google account. Log Out /  Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: