Kenyataan Media Video

Surat dan Jemputan Mesyuarat Agung kepada ahli Sukarelawan Malaysia

Assalamulaikum warahmatullahi wabarakatuh,

1. Nama saya Isham Jalil, saya adalah Presiden Sukarelawan Malaysia.

2. Saya ingin mengucapkan terima kasih kepada anda kerana telah mendaftar sebagai ahli Sukarelawan Malaysia. Setakat hari ini kita mempunyai seramai lebih 10 ribu ahli di seluruh negara yang terdiri daripada 5,443 keahlian langsung dan 5 ribu keahlian bersekutu.

3. Selama ini kita telah bergerak bersama selama 5 tahun kebelakangan ini untuk membantu masyarakat yang memerlukan, tanpa mengira bangsa, warna kulit, agama atau ideologi politik.

4. Pada tahun 2014, beribu-ribu sukarelawan di antara kita telah membantu mangsa banjir besar di Kelantan, Terengganu dan Pahang dengan menghantar bekalan makanan, membina penempatan sementara untuk mangsa banjir dan membersihkan kawasan pasca banjir terutama di daerah Kuala Krai, Gua Musang dan Tumpat. Tuan-tuan dan puan-puan juga telah kembali beberapa kali ke Kelantan, Terengganu dan Pahang pada tahun 2016 dan 2017 untuk membantu mangsa-mangsa banjir meneruskan kehidupan mereka pasca bencana.

5. Saya juga ingin mengucapkan terima kasih ke atas usaha berterusan tuan-tuan dan puan-puan dalam membantu anak-anak yatim dan golongan asnaf. Sejak tiga tahun lalu, kita telah membiayai keperluan asas dan makanan untuk dua buah rumah anak-anak yatim di Selangor. Saya masih ingat kegembiraan yang terpancar di wajah anak-anak yatim ini setiap kali tuan-tuan dan puan-puan membawa mereka untuk membeli-belah pakaian hari raya sejak tiga tahun yang lalu.

6. Sejak empat tahun yang lalu kita telah melancarkan inisiatif untuk membantu graduan-graduan dan belia-belia mencari kerja dan membantu mereka yang ingin menjadi usahawan. Seminar-seminar dan forum-forum yang telah dianjurkan bersama mahasiswa di universiti-universiti awam seperti di UiTM Perlis pada tahun 2015 yang dihadiri oleh 3,000 mahasiswa adalah amat memberangsangkan.

7. Bermula tahun ini usaha ini akan digalakkan lagi dengan kerjasama Sukarelawan Malaysia dengan Skim Latihan 1Malaysia (SL1M). Baru-baru ini YAB Perdana Menteri telah meluluskan untuk meningkatkan elaun pelatih SL1M seramai lebih 200 ribu orang daripada RM1,500 sebulan kepada RM2,000 sebulan. Skim ini amatlah membantu lepasan graduan dalam mencari pekerjaan dan dalam menampung kos sara hidup mereka untuk kehidupan yang lebih baik dan selesa.

8. Bermula pada tahun lepas, kita juga telah bekerjasama dengan Kedai Amal Imanina (“keimanan kita”) Charity Shop di Seremban. Rumah amal ini adalah ala-ala Oxfam di UK yang memberi peluang kepada golongan yang kurang berkemampuan untuk membeli barangan dan pakaian yang terpakai yang masih elok dan bersih dengan harga yang murah. Saya amat gembira kerana rumah amal yang telah diusahakan oleh Dr Nuradli Ridzwan Shah dan isteri sejak 5 tahun lalu ini telah mendapat sambutan yang amat menggalakkan.

9. Inisiatif-inisiatif lain seperti jejak asnaf yang telah dijalankan sejak beberapa tahun kebelakangan ini amatlah baik dan perlu diteruskan lagi.

10. Usaha-usaha dan pengorbanan tuan-tuan dan puan-puan seperti di atas adalah satu amal murni yang amat saya hargai. Bukan sahaja ianya menjadikan kehidupan masyarakat di dunia ini sedikit demi sedikit lebih baik dari semalam, ianya juga menambah saham akhirat kita untuk keesokan hari.

11. Pada 26 dan 27 Mac 2018 ini kita akan ber-Mesyuarat Agung. Saya jangkakan lebih seribu orang sukarelawan akan hadir. Tuan-tuan dan puan-puan dijemput hadir untuk merencana aktiviti kita pada penggal akan datang. Surat jemputan telahpun diedarkan. Kita jumpa esok dan lusa.

Sekian. Terima kasih.

Salam,
Isham Jalil
Presiden,
Pertubuhan Jalinan Sukarelawan Malaysia (SUKARELAWAN MALAYSIA)

0 comments on “Surat dan Jemputan Mesyuarat Agung kepada ahli Sukarelawan Malaysia

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Google photo

You are commenting using your Google account. Log Out /  Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: