Ucapan

Ucapan kepada ibu-bapa, guru-guru dan anak-anak pra-sekolah, Putrajaya

(12 November 2016, Putrajaya)
Tuan-tuan dan puan-puan,
  1.  Majlis pada hari ini adalah sangat penting kerana di pra-persekolahan inilah anak-anak kita buat pertama kalinya belajar banyak perkara berkenaan akademik mahupun kehidupan yang akan memberikan kesan kepada mereka seumur hayat.
  2.  Pra-persekolahan adalah amat penting kerana lebih cepat proses pembelajaran bermula lebih cepat asas pembelajaran dibina untuk anak-anak. Sesuatu ilmu yang dipelajari akan mengejar ilmu yang lain, oleh sebab itu lebih awal ia bermula adalah lebih baik untuk pembangunan keseluruhan anak-anak kita.
  3.  Saya pernah penjadi tenaga pengajar di universiti pada 16 atau 17 tahun yang lalu. Sebagai seorang pendidik saya amat memahami cabaran yang dilalui oleh seorang guru. Jika kita mendapat anak-anak atau pelajar yang bernasib baik yang dikurniai dengan pelbagai kelebihan, maka tugas kita sebagai pendidik akan menjadi mudah. Namun, jika kita mendapat anak-anak dan pelajar yang kurang bernasib baik, maka di situlah tugas kita sebagai pendidik akan menjadi amat penting.
  4.  Tugas kita sebagai pendidik bukan sahaja untuk menjadikan anak-anak dan pelajar yang bernasib baik menjadi cemerlang, tetapi juga untuk menjadikan anak-anak yang kurang bernasib baik menjadi lebih baik supaya mereka berpeluang mengecapi hidup yang lebih sempurna.
  5. Kita perlu membantu anak-anak yang berada di hadapan untuk terus maju dan mara, namun kita tidak boleh tinggalkan sesiapa pun di belakang.
Isham Jalil

0 comments on “Ucapan kepada ibu-bapa, guru-guru dan anak-anak pra-sekolah, Putrajaya

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Google photo

You are commenting using your Google account. Log Out /  Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: