Ucapan

Ucapan kepada usahawan-usahawan dan kontraktor-kontraktor kecil negeri Kelantan

ishamkontraktorkelantan(14 November 2016, Kota Bharu, Kelantan)
Tuan-tuan dan puan-puan,
  1. Saya amat berterima kasih kerana telah dijemput untuk merasmikan majlis ini. Di kesempatan ini saya ingin menekankan komitmen Kerajaan untuk membantu usahawan-usahawan dan kontraktor-kontraktor kecil tempatan.
  2. Setiap tahun Kerajaan telah memperuntukkan sejumlah besar peruntukan kewangan untuk pelaksanaan program-program dan projek-projek Kerajaan untuk rakyat. Banyak projek-projek ini dilaksanakan samada terus oleh Kerajaan ataupun melalui syarikat-syarikat berkaitan Kerajaan.
  3.  Negara kita telah dibina di atas usaha dan titik peluh usahawan-usahawan dan kontraktor-kontraktor kecil. Usahawan-usahawan kecil inilah yang telah membanting tulang untuk pembangunan negara. Sebab itulah Kerajaan akan terus membantu nasib usahawan-usahawan kecil ini.
  4. Jika kita beri suatu kontrak yang besar untuk sesuatu projek kepada syarikat-syarikat yang besar, mungkin mereka boleh mendapat keuntungan dengan lebih besar kerana mungkin mereka adalah lebih efisyen. Sebaliknya jika kita beri banyak kontrak-kontrak yang kecil untuk sesuatu projek kepada banyak kontraktor-kontraktor kecil, maka mungkin keuntungan yang diperoleh akan lebih dirasai secara langsung oleh lebih banyak pihak dan lebih ramai orang.
  5. Saya sedia maklum yang banyak masalah dihadapi oleh usahawan-usahawan dan kontraktor-kontraktor kecil ini. Salah satu daripada masalah ini adalah pembayaran yang lambat diterima setelah kerja selesai walaupun semua keperluan telah dipenuhi. Walaupun masalah ini mungkin nampak remeh oleh pihak si pemberi kontrak dan oleh si penerima kontrak dari kalangan kontraktor-kontraktor yang besar, namun ia adalah masalah yang besar kepada usahawan-usahawan dan kontraktor-kontraktor kecil. Kontraktor-kontraktor kecil tidak mempunyai modal pusingan dan aliran tunai yang besar seperti syarikat-syarikat yang besar, oleh itu jika pembayaran lambat dibuat, maka mungkin gaji kepada pekerja-pekerja mereka pun lambat dibayar, dan rezeki kepada keluarga yang bergantung kepada mereka pun akan tertangguh atau terputus.
  6. Oleh itu saya menggesa semua pihak yang terbabit supaya menyelesaikan masalah ini. Pembayaran perlulah dibuat dengan secepat mungkin apabila kerja-kerja telah selesai supaya kontraktor-kontraktor dan usahawan-usahawan kecil dapat terus terapung dalam dunia perniagaan yang mencabar.
  7.  Pada hari ini usahawan-usahawan dan kontraktor-kontraktor kecil dipertemukan dengan syarikat-syarikat berkaitan Kerajaan (GLC). Kerajaan telah menubuhkan syarikat-syarikat berkaitan Kerajaan ini antara lain adalah untuk mereka melaksanakan dasar-dasar Kerajaan kepada rakyat. Syarikat-syarikat berkaitan Kerajaan ini adalah salah satu daripada pelaksana dasar-dasar Kerajaan yang kritikal dalam sistem penyampaian manfaat kepada rakyat oleh Kerajaan.
  8.  Sebab itu Kerajaan telah memberi banyak peruntukan kepada syarikat-syarikat ini, memberikan mereka keutamaan dalam projek-projek Kerajaan, dan membantu mereka mendapatkan kemudahan pinjaman yang kompetitif dan lebih murah dengan jaminan Kerajaan berbanding syarikat-syarikat yang lain.
  9. Oleh sebab itu juga syarikat-syarikat berkaitan Kerajaan perlu selari dan seiring dengan Kerajaan dan yakin dengan Kerajaan dan dasar-dasar Kerajaan yang dilaksanakan oleh mereka. Jika syarikat-syarikat berkaitan Kerajaan dan kakitangan-kakitangan mereka selari, seiring dan serasi dengan Kerajaan dan menyokong dasar-dasar Kerajaan maka mereka akan dapat melaksanakan dasar-dasar Kerajaan dengan lebih efisyen, berkesan dan sepenuh hati.
  10. Jika sebaliknya, sekiranya si pelaksana dasar tidak serasi atau menentang dasar yang dilaksanakannya maka ianya akan merencatkan usaha penyampaian manfaat kepada rakyat oleh Kerajaan kerana kemungkinan besar usaha perlaksanaan akan dilakukan oleh pelaksana umpama “hanya melepaskan batuk di tangga”. Ini adalah tidak adil kepada rakyat dan kepada Kerajaan yang telah dipilih oleh mereka.
  11. Hal ini tidak tertakluk kepada kakitangan Kerajaan dan syarikat-syarikat berkaitan Kerajaan sahaja, kontraktor-kontraktor Kerajaan dan syarikat-syarikat berkaitan Kerajaan juga perlu mempunyai keserasian dan aspirasi yang sama dengan Kerajaan kerana mereka secara tidak langsung juga adalah pelaksana dasar-dasar Kerajaan untuk menyampaikan manfaat kepada rakyat dengan lebih optimum dan berkesan.

 

Isham Jalil

 

0 comments on “Ucapan kepada usahawan-usahawan dan kontraktor-kontraktor kecil negeri Kelantan

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Google photo

You are commenting using your Google account. Log Out /  Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: