Kenyataan Media Utama Video

KETIRISAN CUKAI SST DIANGGARKAN MELEBIHI RM10 BILLION SETAHUN

1. YB Menteri Kewangan di Parlimen baru-baru ini telah mengakui bahawa cukai SST adalah tidak telus berbanding GST. Akibat daripada hal ini, akan berlaku ketirisan kepada hasil kutipan cukai Kerajaan. Namun katanya lagi harga barangan akan tetap naik.

2. Berdasarkan kepada maklumat daripada Jabatan Kastam dan Eksais Diraja, daripada 472 ribu peniaga yang sebelum ini dikenakan GST, lebih 300 ribu peniaga akan dikecualikan daripada SST. Ini tidak termasuk bilangan peniaga yang akan sengaja lari dari cukai.

3. Dengan SST, peniaga dan pengilang yang tidak bertanggungjawab akan lari dari membayar cukai dengan cara “transfer pricing” atau harga pindah. Oleh kerana SST dikenakan ke atas pengilang, dengan cara “transfer pricing” ini, untuk mengurangkan jumlah cukai yang dibayar oleh pengilang kepada Kerajaan, pihak pengilang akan menjual barangan mereka dengan harga yang rendah kepada syarikat sekutu mereka sendiri sebelum dijual kepada pembekal atau peniaga akhir. Syarikat sekutu pengilang tersebut pula akan menaikkan harga dan menjual barangan kepada peniaga akhir dengan harga yang tinggi tanpa dikenakan cukai.

4. Peniaga akhir seterusnya akan menaikkan harga kepada pengguna kononnya untuk menampung cukai SST yang dikenakan Kerajaan kepada pengilang, namun “cukai” yang dikenakan ini adalah melebihi daripada cukai sebenar yang dibayar oleh pengilang dan lebihan ini disimpan oleh peniaga tersebut sebagai keuntungan.

5. Oleh kerana tiada mekanisme dalam SST untuk memeriksa manipulasi harga dan cukai di rantaian bekalan seperti di atas berbanding GST, dengan SST akan berlaku ketirisan cukai yang tinggi yang memihak kepada peniaga yang mengambil kesempatan.

6. Mengikut kajian, ketirisan kutipan cukai SST adalah dianggarkan berjumlah lebih daripada RM10 billion setahun. Ketirisan ini menguntungkan peniaga dan pengilang yang tidak bertanggungjawab.

7. Akibat daripada ketirisan ini hasil kerajaan akan berkurangan. Bantuan Kerajaan kepada rakyat yang memerlukan juga akan terbantut. Mungkin sebab ini bantuan BR1M yang dahulunya dapat disalurkan kepada 7 juta rakyat kini dikurangkan kepada hanya 2 juta penerima.

8. Dengan SST, harga barangan dan kos sara hidup akan terus meningkat dan rakyat akan menanggung bebannya. Namun bantuan Kerajaan pula dikurangkan.

9. SST adalah cukai mudah lari. Dengan SST, peniaga semakin untung, namun rakyat akan rugi.

10. Saya menggesa YB Menteri Kewangan dan Kerajaan supaya menjelaskan kepada rakyat impak sebenar SST kepada kewangan Kerajaan dan Negara dan kepada kenaikan kos sara hidup rakyat, serta langkah-langkah untuk menanganinya.

ISHAM JALIL
27 Julai 2018

0 comments on “KETIRISAN CUKAI SST DIANGGARKAN MELEBIHI RM10 BILLION SETAHUN

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Google photo

You are commenting using your Google account. Log Out /  Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: