Kenyataan Media Video

MENGAPAKAH TUN DR MAHATHIR TIBA-TIBA MAHU SERAH PULAU BATU PUTIH KEPADA SINGAPURA?

5 Jun 2018

Pada tahun 1979, Malaysia telah mencetak satu peta yang mengandungi Pulau Batu Putih dalam perairannya.

Pada tahun 1980, Singapura telah memfailkan aduan menyatakan yang peta yang dicetak pada tahun 1962, 1965 dan 1975 menunjukkan yang Pulau Batu Putih berada di dalam perairannya pula.

Pada tahun 2008, Mahkamah Keadilan Antarabangsa memutuskan bahawa Pulau Batu Putih adalah milik Singapura.

Lapan tahun kemudian pada tahun 2016, tiga bukti baru ditemui di Arkib Negara United Kingdom yang menunjukkan bahawa Pulau Batu Putih adalah bukan milik Singapura tetapi berada dalam wilayah negeri Johor, Malaysia.

Berdasarkan penemuan bukti-bukti baru ini, pada tahun 2017, Malaysia memfailkan rayuan kepada Mahkamah Keadilan Antarabangsa untuk membatalkan keputusan ke atas pemilikan Pulau Batu Putih kepada Singapura.

Namun beberapa hari lepas pada 30 Mei 2018, Perdana Menteri Malaysia, Tun Dr Mahathir Mohamad, menyatakan hasrat untuk mengundur diri daripada tuntutan ke atas Pulau Batu Putih lantas bermakna menyerahkan sahaja Pulau Batu Putih kepada Singapura..

Mengapakah Tun Dr Mahathir tiba-tiba membuat keputusan sedemikian?

0 comments on “MENGAPAKAH TUN DR MAHATHIR TIBA-TIBA MAHU SERAH PULAU BATU PUTIH KEPADA SINGAPURA?

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Google photo

You are commenting using your Google account. Log Out /  Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: