Kenyataan

MENTERI KEWANGAN JANGAN LARI DARI TANGGUNGJAWAB, TAKUT DAN LEPAS TANGAN. PERLU JELAS SST

Saya merujuk kepada kenyataan YB Menteri Kewangan Tuan Lim Guan Eng semalam yang meminta pihak pembangkang dan YB Ahli Parlimen Pekan, Dato’ Seri Najib Tun Razak menjelaskan bagaimana Cukai Jualan dan Perkhidmatan (SST) adalah lebih membebankan rakyat berbanding GST.

Kenyataan YB Menteri Kewangan dan Kerajaan ini adalah suatu cubaan melepas tangan dan lari dari tanggungjawab. Sepatutnya pihak Kerajaan dan Menteri Kewanganlah yang perlu menjelaskan berkenaan dengan SST ini kerana ia adalah dasar mereka dan bukan dasar pihak Pembangkang.

YB Menteri Kewangan dan Kerajaan perlu menjelaskan bagaimana SST sebanyak 10% untuk barangan dan 6% untuk perkhidmatan yang baru diperkenalkan oleh Kerajaan kini memberi impak kepada kenaikan kos sara hidup rakyat dan ketirisan kutipan cukai kerajaan.

ISHAM JALIL
18 Julai 2018

0 comments on “MENTERI KEWANGAN JANGAN LARI DARI TANGGUNGJAWAB, TAKUT DAN LEPAS TANGAN. PERLU JELAS SST

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Google photo

You are commenting using your Google account. Log Out /  Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: