Kenyataan Media Video

PERCANGGAHAN ANTARA YB MENTERI KEWANGAN DAN YAB PERDANA MENTERI BERKENAAN CUKAI SST DAN CUBAAN MENTERI KEWANGAN UNTUK KELIRUKAN RAKYAT BERKENAAN SST DAN INDEX HARGA PENGGUNA (CPI)

1. Kelmarin YB Menteri Kewangan Tuan Lim Guan Eng membuat kenyataan bahawa SST adalah cukai yang dikenakan kepada pengilang di awal rantaian bekalan, oleh itu kononnya kesan cukai SST kepada pengguna adalah kurang daripada GST.

2. Sebelum itu pada hari yang sama di Parlimen, YAB Perdana Menteri Tun Dr Mahathir pula berkata sebaliknya iaitu SST adalah cukai yang dikenakan di akhir rantaian bekalan kepada pengguna, dan katanya lagi oleh itu jika kita tidak beli barang kita tidak perlu bayar SST.

3. Kenyataan dua YB menteri kanan Kerajaan ini bercanggah antara satu sama lain. Yang mana satu yang betul? Adakah YB Menteri Kewangan keliru dengan saranan YAB Perdana Menteri atau sengaja mengeluarkan kenyataan yang bercanggah dengan beliau? Mereka perlu jelaskan kerana mekanisme SST di kedua-dua cara tersebut memberi kesan yang berlainan.

4. Semalam YB Menteri Kewangan Tuan Lim Guan Eng mengeluarkan satu lagi kenyataan media yang mengatakan bahawa SST merangkumi 38% senarai barangan dalam bakul index harga pengguna (CPI) berbanding GST yang merangkumi 60% senarai barangan dalam bakul index harga pengguna. Ini adalah satu kenyataan yang tidak tepat, “half-truth” dan cubaan untuk mengelirukan rakyat (rujuk klip video).

5. Saya ingin menyarankan kepada pihak Kerajaan terutamanya YB Menteri Kewangan supaya berhenti mengelirukan rakyat dan berdolak dalih berkenaan cukai SST ini dan menerima hakikat bahawa cukai SST 10% akan meningkatkan harga barangan dengan lebih tinggi daripada GST 6%. Saya menggesa Kerajaan untuk tidak membebankan rakyat dengan kenaikan kos sara hidup yang lebih tinggi akibat daripada kenaikan cukai jualan sehingga 10% ini.

ISHAM JALIL
Presiden, SUKARELAWAN MALAYSIA
Pengerusi, OVERSEER & OMBUDSMAN GROUP MALAYSIA
20 Julai 2018

 

0 comments on “PERCANGGAHAN ANTARA YB MENTERI KEWANGAN DAN YAB PERDANA MENTERI BERKENAAN CUKAI SST DAN CUBAAN MENTERI KEWANGAN UNTUK KELIRUKAN RAKYAT BERKENAAN SST DAN INDEX HARGA PENGGUNA (CPI)

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Google photo

You are commenting using your Google account. Log Out /  Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: