Kenyataan

MENJAWAB SARANAN PRESIDEN MCA SUPAYA UMNO KELUAR BN

UMNO tidak perlu tunduk kepada saranan Presiden MCA supaya ia keluar BN kerana kerjasama dengan PAS.

Kalau dahulu DAP pun boleh bekerjasama dengan PAS dalam Pakatan Rakyat, mengapa kini MCA tidak boleh bekerjasama dengan PAS? Dan mengapa pula UMNO perlu dihalang untuk bekerjasama dengan PAS untuk penyatuan Melayu?

UMNO, PAS dan MCA ketiga-tiganya adalah parti berasaskan identiti: UMNO beridentiti Melayu, MCA beridentiti Cina dan PAS beridentiti Islam. Dan Barisan Nasional adalah gabungan parti-parti yang berasaskan identiti yang memperjuangkan pengekalan dan kepentingan identiti masing-masing secara integrasi dan bukan asimilasi secara paksaan ala Malaysian Malaysia bawaan Pakatan Harapan.

Di banyak negara yang melaksanakan asimilasi bangsa, kaum minoriti terpaksa meninggalkan identiti asal mereka dan mengikut cara hidup kaum majoriti. Sejarah membuktikan sehingga kini yang dalam keadaan asimilasi ini diskriminasi berlaku ke atas kaum minoriti dan kepentingan kaum-kaum ini tidak dapat diperjuangkan.

Di Malaysia, dengan asimilasi, diskriminasi bukan sahaja akan berlaku kepada kaum minoriti malah kepada kaum majoriti dan kumpulan-kumpulan identiti tertentu juga dan tindakan pembetulan tidak dapat diperjuangkan tanpa parti berasaskan kaum dan identiti.

Di Malaysia di bawah Barisan Nasional dahulu, kita tidak pernah memaksa sesiapa meninggalkan identiti mereka dan berasimilasi. Namun kita menghormati diversiti dan pengekalan identiti. Mungkin di era Pakatan Harapan melalui Malaysian Malaysia, identiti dan diversiti tidak akan diiktiraf dan dihormati dan lama-kelamaan akan ditinggal dan dilupakan.

https://m.malaysiakini.com/news/444335

ISHAM JALIL
Presiden Sukarelawan Malaysia
23 September 2018

0 comments on “MENJAWAB SARANAN PRESIDEN MCA SUPAYA UMNO KELUAR BN

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Google photo

You are commenting using your Google account. Log Out /  Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: