Uncategorized

KENAIKAN KOS SARA HIDUP AKIBAT HARGA RUMAH YANG TINGGI

Pada tahun lepas saya pernah membawa isu ini di mana saya telah menyatakan bahawa kos sara hidup meningkat tinggi kerana didorong oleh harga rumah dan hartanah yang tinggi terutama di Selangor dan Pulau Pinang. Kini Bank Dunia telah mengakuinya.

Kerajaan dahulu peka akan hal ini. Sebab itu Kerajaan dahulu memberi BR1M kepada golongan B40 untuk membantu golongan ini menangani kenaikan kos sara hidup. Namun Kerajaan kini menarik balik BR1M, dan menerukkan lagi keadaan dengan mengekalkan cukai perumahan dan pembangunan yang tinggi yang telah mendorong kepada kenaikan harga rumah dan kos sewa yang tinggi.

Saya pernah sarankan supaya Kerajaan Negeri Selangor dan Pulau Pinang untuk menurunkan cukai taksiran tanah dan cukai-cukai berkaitan pembangunan perumahan supaya harga rumah dapat diturunkan. Ini kerana kerajaan di dua negeri ini telah menaikkan cukai perumahan dan hartanah dengan amat tinggi sehingga kautan cukai ini melambung sehingga 400% di Selangor dan 1,800% di Pulau Pinang dalam tempoh 10 tahun sejak mereka mula memerintah pada tahun 2008. Namun mereka tetap berdegil dan terus meningkatkan cukai saban tahun.

Ini bukan soal politik, namun ia berkenaan hal ehwal kehidupan rakyat seharian. Saya harap Kerajaan berhenti berpolitik seketika dan buat kerja untuk membantu rakyat yang susah.

https://www.themalaysianinsight.com/bahasa/s/100952

https://www.bharian.com.my/node/372858/amp

0 comments on “KENAIKAN KOS SARA HIDUP AKIBAT HARGA RUMAH YANG TINGGI

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Google photo

You are commenting using your Google account. Log Out /  Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: