Uncategorized

SYABAS SAMAN DAN TUDUH SAYA MALUKAN MEREKA KERANA BONGKAR ISU AIR SELANGOR

Pada hari ini saya telah menerima satu surat saman daripada peguam Tetuan Thomas Phillip yang mewakili Syarikat Bekalan Air Selangor (SYABAS) yang merupakan syarikat air kepunyaan Kerajaan Negeri Selangor.

Surat saman itu menyatakan bahawa saya telah memalukan SYABAS kerana saya telah menulis satu artikel pada bulan Mac 2018 yang lalu. Dalam artikel tersebut saya telah menyatakan bahawa Selangor mempunyai masalah air yang serius iaitu bekalan air yang kerap terputus dan kualiti air yang meragukan dan tercemar.

Apabila bekalan air tiada ia mengundang masalah kesihatan, dan sistem air yang tidak baik juga mengundang masalah pencemaran air. Isu-isu ini mendatangkan masalah yang serius kepada rakyat termasuk risiko masalah kesihatan yang serius. Ini adalah suatu masalah yang perlu ditegur dan diperbaiki segera oleh Kerajaan untuk mengelakkan mudarat.

Walaubagaimanapun, syarikat bekalan air Kerajaan Negeri Selangor ini iaitu SYABAS membuat keputusan untuk menyaman saya akibat teguran ini kerana mereka berasa ianya memalukan mereka.

Saya berpendapat saman ini adalah bermotifkan politik untuk menutup mulut saya daripada bersuara berkenaan isu-isu rakyat. Jika Kerajaan ditegur, mereka sepatutnya memperbaiki kesilapan mereka dan bukannya menyaman orang yang menegur kerana berasa malu. Jika mereka tidak membuat kerja sehingga menjejaskan perkhidmatan kepada rakyat, memang mereka sepatutnya berasa malu.

Kerajaan perlu terus memperbaiki perkhidmatan untuk rakyat, bukan berselindung di sebalik saman dan menutup mulut rakyat apabila mereka ditegur oleh rakyat.

Saya tidak gental dan tetap tegas dengan pendirian saya tentang apa yang saya tulis. Perjuangan ini adalah untuk kepentingan rakyat. Saya akan terus bersuara. Saya akan lawan saman ini.

ISHAM JALIL
9 Oktober 2018

P/S: Berikut dilampirkan artikel asal tersebut:

https://www.bharian.com.my/rencana/komentar/2018/03/400796/isu-air-selangor-dan-kesihatan-awam

https://www1.nst.com.my/opinion/columnists/2018/03/346772/selangor-facing-serious-public-health-issue

0 comments on “SYABAS SAMAN DAN TUDUH SAYA MALUKAN MEREKA KERANA BONGKAR ISU AIR SELANGOR

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Google photo

You are commenting using your Google account. Log Out /  Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: