Kenyataan

KADAR PENGANGGURAN TINGGI DI KALANGAN GRADUAN BUMIPUTERA DAN INDIA BUKAN KERANA TIADA KEMAHIRAN NAMUN KERANA DISKRIMINASI

Saya ingin merujuk kepada Laporan Economic Outlook 2019 oleh Kementerian Kewangan yang diterbitkan beberapa hari lepas.

Dalam laporan tersebut ada dinyatakan bahawa kadar pengangguran di kalangan graduan Melayu adalah tinggi di paras 4.6% berbanding graduan berbangsa Cina di paras 2.9%. Kadar pengangguran graduan berbangsa India adalah juga tinggi di paras 5.5%.

Laporan Kementerian Kewangan ini menyebut bahawa fenomena ini berlaku adalah kerana jurang kemahiran atau “skill gap” antara graduan pencari kerja dan majikan di pasaran kerja.

Saya ingin menyangkal pandangan laporan ini yang mengiaskan bahawa kadar pengangguran yang tinggi oleh graduan-graduan Bumiputera dan India adalah kerana mereka tidak mempunyai skil atau kemahiran yang sesuai yang diperlukan oleh majikan berbanding kaum lain terutamanya kaum Cina. Kadar pengangguran yang tinggi di kalangan graduan-graduan Bumiputera, Melayu dan India berbanding kaum lain adalah bukan kerana mereka tidak mempunyai kemahiran yang sesuai namun adalah kerana mereka di-diskriminasi di pasaran kerja.

Dalam satu kajian empirikal yang dijalankan oleh ahli-ahli akademik di satu universiti terkemuka tempatan pada beberapa tahun lalu, hanya 4.2% daripada graduan pemohon kerja berbangsa Melayu dipanggil untuk temuduga berbanding 22.1% daripada graduan pemohon kerja yang berbangsa Cina, walaupun kedua-dua kumpulan pemohon mempunyai kelulusan, kelayakan dan spesifikasi kerja yang sama dan mengikut kehendak majikan. Ini menunjukkan bahawa graduan lepasan-lepasan universiti berbangsa Melayu mendapat hanya 1 per 5 peluang untuk dipanggil menghadiri temuduga di pasaran kerja berbanding kaum Cina. Ini menyempitkan lagi peluang graduan lepasan universiti berbangsa Melayu untuk mendapat kerja di pasaran terutamanya di sektor swasta di mana 90% daripada jumlah pekerjaan adalah di sektor ini.

Kerajaan perlu mengambil serius masalah diskriminasi di pasaran kerja ini dan mengambil tindakan yang sewajarnya dan bukan hanya menyalahkan graduan-graduan apabila mereka menghadapi masalah mendapatkan pekerjaan.

Dan, sekiranya Kerajaan meratifikasikan ICERD, ini akan menerukkan lagi keadaan di atas kerana langkah-langkah pembetulan ke atas diskriminasi kaum adalah lebih sukar untuk dilaksanakan.

ISHAM JALIL
Presiden Sukarelawan Malaysia
7 November 2018unemploymentrate

0 comments on “KADAR PENGANGGURAN TINGGI DI KALANGAN GRADUAN BUMIPUTERA DAN INDIA BUKAN KERANA TIADA KEMAHIRAN NAMUN KERANA DISKRIMINASI

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Google photo

You are commenting using your Google account. Log Out /  Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: