Kenyataan

JAWAPAN KE ATAS KENYATAAN KETUA AUDIT KERAJAAN DALAM UTUSAN MALAYSIA BERKENAAN LAPORAN AUDIT 1MDB

Jika benar perkara ini berlaku (Ketua Audit Negara Tan Sri Madinah dikatakan disuruh meminda laporan Audit 1MDB), maka beliau dan Utusan Malaysia perlu mengemukakan bukti kukuh untuk menyandarkan kenyataan mereka tersebut.

Tanpa bukti kukuh, kenyataan mereka boleh dianggap sebagai hanyalah satu lagi alat mainan politik dan manipulasi Pakatan Harapan untuk mengelirukan dan mengalih perhatian rakyat daripada masalah sebenar.

Sebelum mengeluarkan kenyataan serius seperti ini, sepatutnya perlu ada bukti kukuh dan bukan cakap-cakap sahaja. Sebab kita tidak mahu pegawai tinggi kerajaan, penjawat awam atau mana-mana akhbar dijadikan alat Kerajaan Pakatan untuk melanjutkan agenda politik mereka mahupun menjadi pak turut propaganda ataupun fitnah. Pegawai tinggi kerajaan dan penjawat awam perlu profesional dan beretika dalam menjalankan tugas dan bukan mengikut telunjuk yang berbaur agenda politik.

Saya sarankan agar Ketua Audit Negara kemukakan bukti kukuh ke atas tuduhan beliau tersebut atau beliau perlu meletakkan jawatan kerana telah melanggar etika profesional sebagai penjawat awam dan dilihat mungkin cuba bersekongkol untuk menuduh seseorang tanpa bukti.

ISHAM JALIL

0 comments on “JAWAPAN KE ATAS KENYATAAN KETUA AUDIT KERAJAAN DALAM UTUSAN MALAYSIA BERKENAAN LAPORAN AUDIT 1MDB

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Google photo

You are commenting using your Google account. Log Out /  Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: