Akhbar

‘Tunjuk bukti ada arahan pinda audit 1MDB’

http://www.sinarharian.com.my/mobile/nasional/tunjuk-bukti-ada-arahan-pinda-audit-1mdb-1.908745

‘Tunjuk bukti ada arahan pinda audit 1MDB’

RAZIATUL HANUM A.RAJAK
26 NOVEMBER 2018

SHAH ALAM – Ketua Audit Negara Tan Sri Dr Madinah Mohamad diminta kemukakan bukti kukuh atas dakwaan terbaharu berkait skandal 1MDB.

Presiden Sukarelawan Malaysia, Isham Jalil berkata tanpa bukti, kenyataan itu boleh dianggap sebagai satu lagi mainan politik.

“Jika benar perkara ini berlaku Tan Sri Madinah disuruh meminda laporan Audit 1MDB, maka beliau perlu mengemukakan bukti kukuh untuk menyandarkan kenyataan mereka tersebut.

“Tanpa bukti kukuh, kenyataan itu boleh dianggap hanyalah satu lagi alat mainan politik dan manipulasi PH untuk mengelirukan dan mengalih perhatian rakyat daripada masalah sebenar,” katanya kepada Sinar Harian, semalam.

Semalam, Madinah dilaporkan mendakwa telah diarah meminda beberapa kali kandungan Laporan Akhir Pengauditan 1MDB termasuk menggugurkan nama Jho Low.

Mengulas lanjut, Isham yang juga bekas pegawai khas Najib mengesa bukti kukuh dikemukakan dan sekiranya gagal, Madinah perlu meletakkan jawatan.

“Sebelum mengeluarkan kenyataan serius seperti ini, sepatutnya perlu ada bukti kukuh dan bukan cakap-cakap sahaja.

“Sebab kita tidak mahu pegawai tinggi kerajaan, penjawat awam atau mana-mana akhbar dijadikan alat PH untuk melanjutkan agenda politik mereka mahupun menjadi pak turut propaganda ataupun fitnah.

“Saya sarankan Ketua Audit Negara kemukakan bukti kukuh ke atas tuduhan beliau tersebut ataupun meletakkan jawatan,” katanya.

 

0 comments on “‘Tunjuk bukti ada arahan pinda audit 1MDB’

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Google photo

You are commenting using your Google account. Log Out /  Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: