Kenyataan

DUA PERKARA LEMAH BERKENAAN KENYATAAN PEJABAT PERDANA MENTERI BERKENAAN ISU KUIL SRI MAHA MARIAMMAN

Saya baru membaca kenyataan Pejabat Perdana Menteri yang baru dikeluarkan seminit tadi berkenan insiden di kuil Sri Maha Mariamman. Sebagai Kerajaan yang berkuasa, ada sekurang-kurangnya dua perkara yang lemah dan seolah melepas batuk ditangga dalam kenyataan Pejabat Perdana Menteri berkenaan isu ini:

Pertama, kenyataan ini menyatakan isu ini bukan isu perkauman. Namun orang-orang yang membuat dan mengeluarkan kenyataan perkauman berkenaan isu ini adalah ahli-ahli politik Kerajaan Pakatan itu sendiri. Sebagai ketua Kerajaan Pakatan dan Perdana Menteri, apa tindakan yang akan diambil kepada mereka-mereka ini? Tidak cukup hanya dengan meminta maaf dan harap dilupa. Kita tidak mahu kejadian ini berulang lagi yang boleh menyebabkan kecederaan parah, rusuhan atau kehilangan nyawa.

Kedua, di mana YAB Perdana Menteri Tun Dr Mahathir dalam kenyataan ini? Beliau tidak tandatangan kenyataan ini. Adakah beliau rasa perkara ini remeh lalu diserahkan kepada Setiausaha Akhbar Pejabat Perdana Menteri sahaja untuk keluarkan kenyataan mewakili beliau?

0 comments on “DUA PERKARA LEMAH BERKENAAN KENYATAAN PEJABAT PERDANA MENTERI BERKENAAN ISU KUIL SRI MAHA MARIAMMAN

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Google photo

You are commenting using your Google account. Log Out /  Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: