Kenyataan

ISU KUIL SRI MAHA MARIAMMAN

Menteri Pakatan tidak sepatutnya salahkan pihak polis. Sepatutnya beliau bekerjasama dengan pihak polis untuk mencari dalang sebenar insiden kekecohan di Kuil Maha Mariamman di USJ tersebut untuk dibawa ke muka pengadilan dan menyelesaikan pertelingkahan secara aman.

Apabila ada sesuatu krisis, Kerajaan sepatutnya mengecilkan masalah dan bukannya menerukkannya lagi. Menteri ini mewakili Kerajaan Persekutuan Pakatan, dan pihak berkuasa negeri dan persekutuan, termasuklah pihak polis juga adalah di bawah kuasa Kerajaan Pakatan. Dan hal ehwal tanah yang berkaitan dengan pemindahan hak milik kuil ini kepada pemaju juga adalah di bawah bidang kuasa Kerajaan Pakatan Negeri Selangor. Menteri Pakatan dan Kerajaan Pakatan perlu menyelesaikan perkara ini sesama mereka dan bukannya menuduh sesama sendiri dalam kerajaan dan menghasut rakyat ke jalanan pula yang boleh mencetuskan rusuhan kaum.

Isu pemindahan kuil Sri Maha Mariamman ini adalah isu yang telah bertahun-tahun lamanya. Semasa Kerajaan BN memerintah Selangor dahulu, tidak ada rusuhan seperti ini di kuil tersebut dan Kerajaan BN pada ketika itu telah memberikan komitmen untuk mengekalkan tapak kuil tersebut di sana.

Apabila Kerajaan Pakatan mengambilalih negeri Selangor pada tahun 2008, keadaan ini telah bertukar. Hak milik tanah kuil tersebut telah diserahkan kepada pemaju dengan persetujuan Kerajaan Negeri Pakatan dan ahli-ahli politik mereka. Saya tidak bersetuju dengan hal ini sebab saya tahu hal hakmilik tanah dan pemindahan kuil Sri Maha Mariamman ini adalah satu perkara yang tidak “straight forward” dan mempunyai pelbagai pencanggahan pendapat, maklumat dan tuntutan, walaupun ianya telah dibawa ke mahkamah dan mahkamah telah membuat keputusan. Mahkamah membuat keputusan berdasarkan maklumat yang dibentangkan kepada mereka pada ketika itu. Namun selepas keputusan dibuat, masih terdapat percanggahan pendapat, maklumat dan tuntutan terhadap isu sensitif ini. Sebab itu sebelum ini saya pernah menyarankan bahawa kuil ini akan kekal dan tidak akan diroboh.

Pentadbiran MB Azmin Ali dahulu tidak berani untuk membuat keputusan, lalu beliau tangguhkan pemindahan kuil ini dan serahkan masalah ini kepada orang lain. Ini adalah mungkin satu cara beliau untuk “tendang tin ke hujung jalan” atau “kick the can further down the road”. MB Selangor sekarang pula menyalahkan masalah tatabahasa atau “grammar” ke atas isu ini. Ini adalah isu serius, bukan masalah grammar YAB.

Hakikatnya Kerajaan Negeri Pakatan tidak mahu bertanggungjawab mahupun mengambil risiko. Sebenarnya jika mereka mahu, mereka boleh buat keputusan untuk kekalkan kuil tersebut di situ dan merunding untuk membayar pampasan kepada pemaju. Mereka ada kuasa ini sebab hal ehwal tanah di bawah bidang kuasa mereka. Jika isu tanah Ijok boleh “diselesaikan” oleh mereka di luar mahkamah dengan cara ini, mengapa isu kuil ini tidak boleh? (saya pernah bawa isu tanah Ijok di link ini: http://www.astroawani.com/berita-politik/isu-tanah-ijok-bukti-kerajaan-selangor-tidak-ada-akauntabiliti-isham-jalil-172422)

Dulu (dan kini) Kerajaan Pakatan Negeri Selangor selalu war-warkan yang mereka adalah negeri terkaya di Malaysia dan Kerajaan Negeri banyak duit lebihan. Jika mereka betul-betul ikhlas kepada masyarakat India di Selangor, maka kekalkanlah tapak kuil tersebut di situ dan runding dan bayarlah pampasan kepada pemaju, kerana hubungan keharmonian kaum adalah lebih penting daripada bisnes dan kepentingan pemaju. Atau adakah mungkin mereka berfikir sebaliknya dan melindungi kepentingan pemaju lebih daripada kepentingan masyarakat India seperti apa yang mereka telah buat untuk pemaju mengatasi dan menekan (atau “at the expense of”) orang-orang Melayu di Ijok.

Saya ulangi saranan saya pada bulan Februari tahun ini dahulu: Jika BN memerintah Selangor, kuil ini tidak akan diroboh. Ini bukannya soal politik, namun ianya adalah soal janji. BN mempunyai “track record” menunaikan janji. Saya tidak percaya kepada Kerajaan Pakatan ini, mereka selalu mungkir janji. Namun sebaliknya jika masyarakat India masih lagi percaya kepada Kerajaan Pakatan setelah sekian kali ditipu oleh mereka, maka terpulanglah kepada anda.

ISHAM JALIL
27 NOVEMBER 2018

0 comments on “ISU KUIL SRI MAHA MARIAMMAN

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Google photo

You are commenting using your Google account. Log Out /  Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: