Kenyataan

MENTERI PAKATAN TIDAK MAHU BAYAR ELAUN SARA HIDUP PENOREH PADA MUSIM TENGKUJUH TETAPI SURUH MEREKA TERNAK IKAN DAN TANAM SAYUR

Menteri Industri Utama Kerajaan Pakatan, YB Teresa Kok, yang bertanggungjawab ke atas kebajikan penoreh getah menyatakan dalam Parlimen semalam bahawa elaun musim tengkujuh kepada penoreh getah dipotong dan tidak akan diteruskan. Sebaliknya, Menteri ini mencadangkan dua perkara:

1. Untuk meningkatkan produktiviti (dan pendapatan) penoreh, penoreh disaran menoreh pada musim tengkujuh.

2. Untuk mendapat pendapatan pada musim tengkujuh, penoreh boleh tanam sayur atau ternak ikan.

Komen ringkas saya:

Pertama, mungkin YB Menteri tidak pernah pergi menoreh getah. Pada musim tengkujuh, penoreh tidak keluar menoreh sebab air hujan bercampur dengan susu getah yang menyebabkan hasil torehan tidak baik (kredit Tok Mat Maslan). Bukan kerana penoreh ini malas dan sengaja tidak produktif dan ambil cuti berbulan, YB. Tak menoreh, tak ada duit, tak makan. Mereka perlukan pendapatan waima pada musim tengkujuh pun.

Sejak merdeka, Kerajaan BN dan semua agensi-agensi yang berkaitan dahulu telah mengkaji selama berdekad-dekad bagaimana untuk meningkatkan pendapatan hampir setengah juta penoreh getah di seluruh negara. Takkanlah seluruh agensi kerajaan dan pegawai-pegawai kerajaan selama berpuluh tahun sebelum ini tidak tahu sekiranya penoreh getah boleh menoreh pada musim tengkujuh tapi sengaja tak mahu keluar?

Sekali-sekala YB Menteri dengarlah nasihat penjawat awam dan janganlah asyik google sahaja untuk dapatkan idea yang baru yang kononnya boleh meningkatkan produktiviti penoreh atau rakyat secara amnya.

Kedua, YB Menteri menyuruh penoreh mempelbagaikan kerja untuk menyara hidup dengan menanam sayur, menternak ikan dan sebagainya. Ini bukan kali pertama seorang Menteri Pakatan menyarankan perkara seperti ini. Sebelum ini ada seorang lagi Menteri Pakatan yang menyarankan perkara yang seakan sama kepada golongan nelayan. Oleh itu saya rasa saya terpaksa maklumkan perkara asas (basic) ini kepada YB-YB Menteri supaya tidak lagi membuat dasar yang menyusahkan rakyat:

Dalam ekonomi ada sesuatu perkara asas yang dinamakan pengkhususan kerja (atau “division of labor”). Adalah lebih produktif dan efisyen jika seseorang itu mengkhususnya pekerjaannya kepada satu bidang kerana kekangan masa, sumber dan skil. Juga, pengetahuan dan skil akan meningkat dalam pekerjaan yang khusus dan ini akan menambah lagi produktiviti. Penoreh yang sudah lama menoreh tahu bagaimana cara untuk menoreh dan bila untuk mendapatkan hasil tertinggi berbanding menteri yang baru belajar cara menoreh dari google.

Sekiranya penoreh disuruh menternak ikan secara sambilan, maka beliau terpaksa membahagikan masanya antara menoreh dan menternak ikan. Dan apa akan jadi kepada kolam ikan dan pelaburan beliau bila habis musim tengkujuh? Tinggalkan dan pergi balik menoreh? Jika beliau mahir menternak ikan, mungkin sudah lama beliau tidak perlu menoreh dan tidak jadi penoreh getah.

Menyuruh penoreh getah untuk menternak ikan atau menanam sayur pada musim tengkujuh mungkin boleh dianalogi seperti menyuruh YB Menteri yang dilatih dalam undang-undang menjadi jurutera sambilan untuk membuat bangunan ketika Parlimen tidak bersidang. Ianya tidak mustahil tetapi amatlah kurang bijak.

Ketiga, saya setuju dengan pandangan Ahli Parlimen PAS daripada Setiu. Saya pernah utarakan persoalan yang sama di Maran minggu lepas. Bajet 2019 dinaikkan sehingga RM30 billion kepada hampir RM315 billion iaitu yang tertinggi dalam sejarah. Namun mengapa bantuan kepada golongan miskin dan B40 perlu dipotong? Sudahlah dipotong, suruh mereka cari kerja sambilan unruk tingkat produktiviti dan panggil mereka malas pula.

Sebenarnya siapakah yang untung dalam Bajet 2019 ini?

ISHAM JALIL
28 NOVEMBER 2018

0 comments on “MENTERI PAKATAN TIDAK MAHU BAYAR ELAUN SARA HIDUP PENOREH PADA MUSIM TENGKUJUH TETAPI SURUH MEREKA TERNAK IKAN DAN TANAM SAYUR

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Google photo

You are commenting using your Google account. Log Out /  Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: