Kenyataan

CUBAAN KUTIPAN CUKAI MINYAK SECARA SENYAP-SENYAP KE ATAS RAKYAT DIPATAHKAN. HARGA MINYAK DIAPUNGKAN BERMULA 1 JAN 2019

Namun persoalannya, apa jadi dengan lebihan kutipan hasil minyak selama dua bulan lepas yang “dicukaikan” ke atas rakyat bila harga minyak dunia turun tapi harga di pam di Malaysia masih RM2.20?

Menteri Kewangan jangan sekadar nafi sahaja. Perlu buktikan. Kutipan “haram” ini berjumlah ratusan juta wang rakyat.

Adakah nasibnya sama juga macam Tabung Harapan yang kita tidak tahu ke mana pergi duitnya?

Nasib baik pada minggu lepas kita tanya berkenaan harga minyak di pam yang sepatutnya turun ini, baru hari ini Menteri Kewangan buat keputusan untuk apungkan harga minyak pada tahun depan seperti yang dilakukan oleh Kerajaan BN dahulu.

Kalau tidak, Kerajaan dan Menteri Kewangan PH ini akan terus sahaja tipu rakyat dan kutip cukai ke atas rakyat beratus juta secara senyap-senyap seperti berminggu-minggu sebelum ini.

Dan apa kena-mengena hal di atas dengan 1MDB dan hutang rekaan RM1 trillion ? Cukup-cukuplah menipu rakyat dan cuba mengalih perhatian.

Mengaku sahajalah bahawa masalah ini berlaku akibat kesilapan Menteri Kewangan dalam membuat keputusan dasar terutama dalam menghapuskan GST dan memperkenalkan SST yang tiris serta dalam membuat Bajet 2019 yang tidak realistik.

ISHAM JALIL
24 Disember 2018

0 comments on “CUBAAN KUTIPAN CUKAI MINYAK SECARA SENYAP-SENYAP KE ATAS RAKYAT DIPATAHKAN. HARGA MINYAK DIAPUNGKAN BERMULA 1 JAN 2019

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Google photo

You are commenting using your Google account. Log Out /  Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: