Rencana

APA PERLU KITA BUAT APABILA SUMBER MINYAK KITA KEHABISAN ATAU MENURUN (HALATUJU MALAYSIA SELEPAS 2020)

Negara kita kini mengeluarkan lebih kurang 650,000 tong minyak mentah sehari. Daripada jumlah ini, kita menggunakan 400,000 tong sehari untuk kegunaan dalam negara dan bakinya dieksport untuk menjana pendapatan kerajaan.

Semasa pentadbiran Dato’ Seri Najib dan Kerajaan BN, kebergantungan pendapatan kerajaan kepada minyak telah diturunkan ke tahap 14% daripada keseluruhan hasil kerajaan. Namun kini ianya telah kembali meningkat setinggi melebihi 30%.

Namun sumber minyak dan gas kita akan habis satu hari nanti tidak lama dari sekarang.

Kita perlu mengurangkan kebergantungan hasil kerajaan kepada minyak dan mencari sumber lain untuk terus makmur dan maju di masa hadapan.

Dalam beberapa hari lagi kita akan menyambut tahun 2019. Ini bermakna dalam setahun dan kurang seminggu lagi kita akan berada di ambang tahun 2020.

Kita telah lama menunggu tahun 2020 ini. Namun, apakah yang akan terjadi kepada negara kita pada dan selepas itu?

Adakah kita akan maju dan makmur seperti yang dijangka atau sebaliknya? Kemanakah arah tuju kita selepas 2020?

Pada tahun 2013 saya telah menulis sebuah buku bertajuk “Malaysia Beyond 2020: Ideologies and Institutions for Growth” (Malaysia Pasca 2020: Ideologi dan Institusi untuk Maju).

Buku ini kini berada di arkib perpustakaan di Harvard University, Amerika Syarikat. Buku ini ditulis berdasarkan kajian mendalam saya selama beberapa tahun di Harvard dan Wharton serta pengalaman saya selama berbelas tahun dalam Kerajaan dan GLC sebelum itu.

Dalam buku ini saya ada menerangkan tentang halatuju Malaysia pada masa hadapan terutama dalam aspek ekonomi, politik, kerajaan dan hubungan kaum serta kajian-kajian punca krisis ekonomi di dunia dan di Malaysia khususnya.

Memandangkan minggu ini kita banyak membincangkan berkenaan isu minyak dan kebergantungan kepada minyak, saya lampirkan di sini kajian berkenaan perkara ini yang terkandung dalam Bab 3 buku tersebut.

Dalam buku tersebut saya ada menerangkan apakah opsyen-opsyen yang kita ada setelah sumber minyak kita menurun atau kehabisan.

Saya juga ada membincangkan tentang pertimbangan-pertimbangan percukaian yang perlu kita buat akibat daripada masalah di atas serta kesannya kepada kerajaan dan ekonomi negara.

Juga, persoalan adakah elok kita meniru Jepun atau Korea dalam model ekonomi kita pada masa hadapan.

Saya juga telah membincangkan secara objektif berkenaan baik buruk dan kesan dasar-dasar ekonomi pentadbiran Dato’ Seri Najib pada ketika itu.

Saya membuat pemerhatian bahawa beliau telah membuat banyak keputusan-keputusan yang sukar dan berani untuk kebaikan jangka panjang ekonomi negara dan rakyat, walaupun keputusan-keputusan tersebut datang dengan risiko politik ke atas beliau.

Buku ini asalnya ditulis untuk kegunaan praktikal bagi pembuat dasar dan pembuat keputusan dalam kerajaan dan bukan untuk tujuan akademik atau bacaan santai.

Soal pembuatan dasar kerajaan adalah suatu hal yang serius kerana setiap keputusan dan dasar yang dibuat memberi kesan kepada berjuta rakyat.

Fokus kandungan buku ini diberikan kepada banyak penilaian kes-kes praktikal sebenar (real case studies) dan bukan kepada teori-teori akademik dalam bidang ekonomi, politik atau dasar kerajaan yang dianggap pembaca telah faham dan mempunyai asas yang mencukupi sebelum membaca buku ini.

Namun demikian, bahasa penulisan telah diringkaskan sehabis baik supaya mudah difahami.

Saya sedang dalam proses untuk menterjemahkan buku ini ke Bahasa Malaysia dan meringkaskannya untuk bacaan umum untuk diterbitkan di sini pada tahun hadapan.

Sementara itu, saya lampirkan di sini salinan Bab 3 buku ini dalam Bahasa Inggeris untuk rujukan tuan-tuan dan puan-puan jua. Terjemahan ke Bahasa Malaysia sedang diusahakan. Terima kasih.

Selamat membaca.

Salam,
ISHAM JALIL
26 Disember 2018

0 comments on “APA PERLU KITA BUAT APABILA SUMBER MINYAK KITA KEHABISAN ATAU MENURUN (HALATUJU MALAYSIA SELEPAS 2020)

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Google photo

You are commenting using your Google account. Log Out /  Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: