Kenyataan

SIAPA YANG UNTUNG DALAM SKIM INSURAN KESIHATAN KERAJAAN PH

Baru tadi Menteri Kewangan mengumumkan dana sebanyak RM2 billion untuk skim insuran kesihatan bagi penyakit kritikal untuk golongan B40.

Pada masa yang sama Kerajaan PH merancang untuk menutup Klinik-klinik Rakyat 1Malaysia.

Saya ada beberapa soalan yang ingin saya tanya kepada Menteri Kewangan berkenaan hal ini.

Pertama, beliau nyatakan skim insuran ini adalah percuma kepada rakyat. Maksudnya, adakah Kerajaan yang akan membayar premium ini kepada syarikat insuran ini?

Persoalannya, syarikat insuran mana yang dapat kontrak ini? Adakah syarikat kroni? Atau open tender? Jika syarikat insuran itu yang menanggung premium ini, apakah timbal balasannya (quid pro quo)?

RM2 billion itu banyak. Mungkin lebih baik Kerajaan kekalkan Klinik Rakyat 1Malaysia yang lebih ramai rakyat memerlukan atau menambah baik hospital-hospital Kerajaan sedia ada untuk memberi khidmat kesihatan secara terus dan langsung kepada rakyat daripada membayar syarikat insuran berbillion untuk beri perkhidmatan kesihatan secara tidak langsung kepada rakyat yang mungkin banyak ketirisan.

Kedua, adakah skim ini benar untuk B40 ataupun untuk kroni? Siapa yang sebenarnya untung?

ISHAM JALIL
28 Disember 2018

0 comments on “SIAPA YANG UNTUNG DALAM SKIM INSURAN KESIHATAN KERAJAAN PH

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Google photo

You are commenting using your Google account. Log Out /  Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: