Kenyataan

LAGI ULASAN BERKENAAN PENJUALAN ASET TABUNG HAJI

Seperkara lagi, kita tidak boleh nilaikan kekuatan kewangan sesuatu syarikat semata-mata berdasarkan kepada harga saham semasa. Semua orang yang berpengalaman membuat penilaian pelaburan tahu akan hal ini.

Harga saham sesuatu syarikat akan turun naik setiap hari oleh pelbagai faktor luaran atau dalaman, namun jika asas perniagaan syarikat itu baik, kita perlu kekalkan pegangan pelaburan ke atas syarikat tersebut, lebih-lebih lagi apabila syarikat tersebut terbukti mempunyai rekod bayaran dividen yang konsisten setiap tahun.

Jika TH dipaksa menjual syarikat-syarikat ini sekarang semasa harga sahamnya rendah, TH yang akan rugi nanti bila harga saham syarikat-syarikat ini meningkat semula.

Kita sepatutnya menjual saham pada masa harga tinggi, bukannya masa harganya rendah. Dalam kes penjualan aset TH ini sekarang, yang untung ialah pihak yang membeli dan yang ruginya ialah TH.

Sudahlah dividen TH nanti berkemungkinan besar akan berkurangan, aset berharga sudah tiada. Saya mahu Menteri yang bertanggungjawab menjelaskan hal ini kepada rakyat.

Dan, betullah seperti yang Dato’ Seri Najib kata: “TH ini Tabung Haji, bukan Tabung Harapan”.

ISHAM JALIL
29 Disember 2018

0 comments on “LAGI ULASAN BERKENAAN PENJUALAN ASET TABUNG HAJI

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Google photo

You are commenting using your Google account. Log Out /  Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: