Kenyataan

NASIB PENEROKA FELDA

Hari ini saya balik ke kampung isteri di Temerloh, Pahang. Sempat singgah di gerai di kawasan FELDA. Sempat berbual dengan beberapa orang peneroka.

Di sini saya lihat dan dapat tahu yang keadaan amat murung. Kalau dulu ramai peneroka yang berbelanja di kedai-kedai dan gerai, kini kedai-kedai dan gerai nampak kosong. Peneroka-peneroka semakin susah. Mereka kata kais pagi makan pagi pun tak lepas.

Mereka kata dulu sebelum pilihanraya ramai ahli-ahli politik PH datang masuk kawasan FELDA dan janji macam-macam, tapi kini batang hidung pun tak nampak. Saya pasti esok bila nak dekat pilihanraya ahli-ahli politik PH ini akan datang tabur janji lagi.

Satu lagi mereka kata, “Bilalah Datuk Najib (BN) nak memerintah semula. Bilalah Datuk Najib (BN) nak memerintah semula…”. Di mata mereka jelas kekecewaan dengan keadaan sekarang.

Saya harap pihak-pihak yang bertanggungjawab dan kerajaan bantulah peneroka-peneroka FELDA ini. Mereka ini bukanlah orang senang. Jangan asyik sibuk nak jual aset negara sahaja.

0 comments on “NASIB PENEROKA FELDA

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Google photo

You are commenting using your Google account. Log Out /  Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: