Kenyataan

MAKLUMAN SUSULAN BERKENAAN TINDAKAN REMOVE DARI WHATSAPP

Oleh kerana tanpa disangka berita penyingkiran saya dari Whatsapp group Persatuan Penduduk Presint 10 Putrajaya telah tersiar secara meluas di akhbar-akhbar dan portal-portal berita dari dalam dan luar negeri semalam, dan beberapa wartawan telah menghubungi saya untuk ulasan lanjut, saya terpanggil untuk membuat makluman susulan ini.

Saya telah mengambil maklum bahawa atas desakan ramai penduduk dan ahli-ahli Persatuan Penduduk Presint 10 Putrajaya semalam, Presiden/Admin persatuan ini telah memohon maaf kepada saya di atas tindakan beliau menyingkirkan saya dari Whatsapp group persatuan kelmarin.

Whatsapp group ini adalah saluran komunikasi persatuan penduduk berdaftar tersebut dan bukan whatsapp group biasa.

Oleh itu jika ada sebarang diskriminasi atau “double-standard” ianya tidak boleh diambil enteng.

Sebenarnya, diskriminasi dan “double-standard” di mana-manapun tidak boleh diambil mudah, lebih-lebih lagi dalam persatuan penduduk.

Dan dalam group Whatsapp persatuan penduduk Presint 10 Putrajaya ini ianya telah dipersetujui sejak dahulu oleh ahli-ahli persatuan bahawa ahli-ahli bebas menyuarakan isu-isu politik memandangkan ahli-ahli dan penduduk di sini dianggap telah matang yang mana kebanyakan dari penduduk di sini adalah bekas pegawai-pegawai tinggi kerajaan sejak era tahun 90an yang tinggal berjiran dengan Seri Perdana, kediaman rasmi Perdana Menteri.

Sebelum ini dalam group ini banyak kritikan-kritikan termasuk tohmahan dan maki cerca terhadap Kerajaan BN dahulu dengan perkataan-perkataan kesat dilontarkan, namun tidak banyak kritikan-kritikan terhadap Kerajaan PH.

Apabila saya menyuarakan pendapat dengan artikel-artikel saya di kebelakangan ini untuk menyeimbangi pandangan politik segelintir penyokong PH di group ini, saya telah di-remove oleh Presiden/Admin walaupun artikel-artikel dan posting-posting saya tidak pernah sekalipun memaki hamun sesiapa, walhal penyokong-penyokong PH yang memaki hamun BN pula tidak pernah di-remove oleh Admin.

Ini adalah sesuatu yang tidak adil dan tidak betul. Ketidakadilan walau sekecil mana perlu diubah jika tidak ia merebak menjadi besar.

Sebab itu sebelum ini saya telah membuat keputusan untuk bertindak.

Mengikut pemerhatian saya, pihak penyokong PH yang aktif membuat cercaan atau kritikan terhadap BN dan UMNO di sini hanyalah segelintir orang sahaja.

Kebanyakan penduduk di sini seperti juga di kawasan-kawasan lain di Putrajaya adalah majoriti senyap atau “silent majoriti” yang berkemungkinan besar tidak bersetuju dengan mereka.

Sebab itu BN masih menang di Parlimen Putrajaya dalam PRU-14 yang lepas, dan mungkin sebab itu juga setelah saya di-remove kelmarin, majoriti senyap ini telah bersuara mendesak Presiden/Admin untuk memohon maaf kepada saya semalam.

Setelah berita tindakan penyingkiran saya tersiar meluas di media, saya telah menerima banyak maklumbalas bahawa ramai lagi orang yang seangkatan dengan saya yang mana mereka telah di-remove dari group media sosial kerana lantang mengkritik Kerajaan PH sekarang, walhal kritikan-kritikan dan cercaan anti-BN dan anti-UMNO dibiarkan begitu sahaja. Maksudnya ini bukanlah satu perkara yang terpencil atau kecil.

Ketidakadilan akan terus berlaku jika kita tidak buat apa-apa. Kita tidak boleh benarkan sesiapapun membuli. Kita harus bangkit menentangnya. Medan pertempuran dan perjuangan zaman ini adalah di media sosial.

Kita mesti terus kuat dan istiqamah dalam perjuangan walau apapun cabaran yang melanda.

Saya menerima permohonan maaf daripada Presiden/Admin Persatuan Penduduk Presint 10 Putrajaya kepada saya ini dengan hati yang terbuka.

Dan saya sarankan dan berharap supaya perkara ini tidak berulang lagi kepada orang lain.

Salam,
ISHAM JALIL
4 Januari 2019

0 comments on “MAKLUMAN SUSULAN BERKENAAN TINDAKAN REMOVE DARI WHATSAPP

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Google photo

You are commenting using your Google account. Log Out /  Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: