Kenyataan

MENTERI PAKATAN TERDESAK CARI SKANDAL UNTUK TUTUP KELEMAHAN MENTADBIR

YB Teresa Kok, dalam kes penjualan tanah Lembaga Getah Malaysia kepada syarikat Aset Tanah Nasional Berhad kepunyaan Kementerian Kewangan Diperbadankan dan seterusnya kepada syarikat Kwasa Land kepunyaan badan berkanun kerajaan iaitu Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP), ianya adalah transaksi daripada Kerajaan kepada syarikat Kerajaan kepada badan berkanun Kerajaan.

Oleh itu apa-apa keuntungan atau kerugian dalam transaksi ini dipunyai oleh Kerajaan dan rakyat dan bukan kepada syarikat kroni.

Ini berbanding dengan apa yang berlaku di Pulau Pinang di bawah Kerajaan Negeri PH beberapa tahun lepas di mana tanah Kerajaan Negeri di Taman Manggis dijual kepada syarikat persendirian dengan harga yang murah dan syarikat ini menjual pula tanah ini dengan harga lebih tinggi dengan keuntungan berjuta kepada orang persendirian terpilih. Dalam kes ini kerajaan dan rakyat yang rugi.

Jangan samakan Kerajaan BN dengan Kerajaan PH.

Dalam kes penjualan tanah Lembaga Getah Malaysia kepada Kementerian Kewangan kepada KWSP oleh Kerajaan BN dahulu di atas, tiada siapa pun yang dapat banglo diskaun.

ISHAM JALIL
Marhaen Melayu bukan Malas
4 Januari 2019

0 comments on “MENTERI PAKATAN TERDESAK CARI SKANDAL UNTUK TUTUP KELEMAHAN MENTADBIR

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Google photo

You are commenting using your Google account. Log Out /  Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: