Kenyataan

SELEPAS DITEGUR, MENTERI PH KHALID SAMAD U-TURN TAK JADI NAIK KADAR SEWA KUARTERS PENJAWAT AWAM

Susulan daripada teguran mengenai isu kenaikan kadar sewa kuarters penjawat awam Perbadanan Putrajaya semalam, Menteri yang bertanggungjawab ke atas Perbadanan Putrajaya iaitu Menteri Wilayah YB Khalid Samad telah membuat kenyataan untuk membincangkan perkara ini dengan pihak perbadanan.

Alhamdulillah, pagi ini Perbadanan Putrajaya telah mengeluarkan kenyataan untuk membatalkan kenaikan sewa kuarters Perbadanan Putrajaya.

Hampir semua kuarters Perbadanan Putrajaya yang tertakluk kepada kenaikan kadar sewa tersebut adalah disewa oleh penjawat awam atau pekerja kerajaan Perbadanan Putrajaya, iaitu satu majlis perbandaran seperti juga DBKL, MBSA dan sebagainya.

Mereka-mereka yang bekerja dengan majlis bandaran yang tinggal di kuarters ini adalah pekerja kerajaan atau penjawat awam walaupun bukan kakitangan persekutuan.

Perbadanan Putrajaya adalah tuan punya kepada aset-aset hartanah di Putrajaya termasuk banyak aset-aset yang diselia oleh Bahagian Pengurusan Harta (BPH), Jabatan Perdana Menteri yang menguruskan kuarters penjawat awam persekutuan.

Jika Menteri yang bertanggungjawab ke atas Perbadanan Putrajaya mengambil keputusan dan berjaya menaikan sewa kuarters Perbadanan Putrajaya, besar kemungkinan kelak sewa kuarters bagi aset-aset kepunyaan perbadanan di bawah seliaan Bahagian Pengurusan Harta JPM pun akan dinaikkan juga.

Dan ini akan membebankan lebih ramai penjawat awam terutama kakitangan awam persekutuan.

Sebab itu saya membuat kenyataan berkenaan kenaikan sewa kuarters Perbadanan Putrajaya semalam, supaya Kerajaan dan Menteri PH ini tidak senyap-senyap terus menaikkan sewa kuarters kerajaan samada di majlis bandaran mahupun persekutuan pula kelak.

Harap dengan ini jika kerajaan ada niat atau hasrat sebelum ini untuk menaikkan sewa kuarters BPH pula, ianya akan terbatal jua.

ISHAM JALIL
Yang pernah duduk kuarters Putrajaya
8 Januari 2019

0 comments on “SELEPAS DITEGUR, MENTERI PH KHALID SAMAD U-TURN TAK JADI NAIK KADAR SEWA KUARTERS PENJAWAT AWAM

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Google photo

You are commenting using your Google account. Log Out /  Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: