Uncategorized

DAP AKAN CUBA RUNDING DENGAN KAYVEAS UNTUK TARIK DIRI DI CAMERON HIGHLANDS

Terima kasih dan tahniah kepada Dato’ Seri Mohamad Hassan dan kepimpinan Barisan Nasional kerana telah mencalonkan tokoh Orang Asli untuk calon Ahli Parlimen Cameron Highlands BN sebentar tadi.

Sekiranya beliau menang, beliau akan melakar sejarah sebagai Orang Asli pertama yang menjadi Ahli Parlimen Dewan Rakyat di Malaysia.

Terima kasih juga kepada Tan Sri Vigneswaran Presiden MIC dan kepimpinan tinggi MIC kerana berjiwa besar memberi laluan kepada calon Orang Asli ini walaupun kerusi ini adalah kerusi tradisi MIC.

Terima kasih juga kepada Tuan Guru YB Haji Hadi Awang Presiden PAS kerana juga berjiwa besar memberi laluan dan berkerjasama dengan BN dalam PRK Cameron Highlands ini.

……..

Semalam calon DAP Manogaran telah mula menyebarkan hasutan untuk memutikkan kebencian di antara Orang Asli dan orang Melayu.

Beliau berkata yang kononnya orang Melayu tidak beli kuih Orang Asli. Kenyataan dan taktik ini sangatlah terdesak.

Ini adalah taktik biasa DAP dan PH setiap kali pilihanraya iaitu menyemai kebencian dan perpecahan untuk menang seperti yang dilihat sebelum ini.

Namun selepas mereka menang pilihanraya, mereka akan lari dari buat kerja atau culas daripada berkhidmat kepada rakyat di situ.

Mungkin sebab itu Lim Kit Siang sendiri telah bertukar kerusi Parlimen beberapa kali setiap kali pilihanraya, mungkin beliau terpaksa lari sebelum pengundi tempatan menghukum beliau.

Kita perlu menangkis segala tohmahan dan taktik kotor DAP ini dan menyinarkan kebenaran kepada pengundi.

Walaupun kita mempunyai calon BN yang baik untuk PRK ini, kita tidak boleh alpa.

Langkah seterusnya oleh DAP untuk menyekat kemaraan BN di samping taktik kebencian di atas, adalah besar kemungkinan mereka akan berunding dengan calon MyPPP yang belum lagi membuat keputusan 100% untuk bertanding iaitu Tan Sri Kayveas supaya Tan Sri Kayveas menarik diri daripada bertanding.

Dengan ini DAP akan cuba membolot undi India dan bukan Bumiputera di situ untuk menang.

Kepada sahabat saya Tan Sri Kayveas yang saya telah kenal lama, harap Tan Sri tidak terperangkap dengan helah, gerakan halus atau apa-apa habuan jika ditawarkan oleh DAP ini. Tan Sri pun kenal siapa mereka.

ISHAM JALIL
10 Januari 2019

0 comments on “DAP AKAN CUBA RUNDING DENGAN KAYVEAS UNTUK TARIK DIRI DI CAMERON HIGHLANDS

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Google photo

You are commenting using your Google account. Log Out /  Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: