Kenyataan

ANWAR PULA PANAS DENGAN NAJIB?

Oleh: ISHAM JALIL

Tiba-tiba kebelakangan ini Dato’ Seri Anwar Ibrahim pula sudah mula buka kembali cerita pasal 1MDB.

Mungkin ini untuk kaitkan dengan Dato’ Seri Najib, ”Bossku” rakyat yang semakin popular kini.

Mengikut pemerhatian saya, sebelum ini Dato’ Seri Najib tidak pernah sepopular sekarang.

Beliau kini adalah personaliti politik yang paling popular dan trending di Malaysia berbanding personaliti-personaliti politik nasional yang lain.

Minggu lepas jumlah aktiviti atau “engagement” di Facebook Najib Razak mencapai 1.7 juta aktiviti merangkumi komen dan reaksi, berbanding hanya puluhan ribu di Facebook personaliti-personaliti lain termasuk Tun Mahathir dan Anwar Ibrahim.

Aktiviti-aktiviti ini adalah dari rakyat secara langsung dan organik di media sosial.

Dato’ Seri Najib atau “Bossku” Najib semakin rapat dengan rakyat kerana beliau membawa isu-isu kehidupan rakyat dan memahami kesan dasar kerajaan kepada rakyat dan beliau bukan hanya sibuk berpolitik.

Namun populariti ini tentunya mengundang pelbagai reaksi dari ahli-ahli politik lain.

Kelmarin orang Anwar, Rafizi, bercerita pasal “Bossku” Najib dengan nada mengejek.

Semalam beliau (Anwar) pula bercerita pasal 1MDB.

Sebelum ini Tun Mahathir dan Lim Guan Eng dan konco-konco mereka yang selalu mengulang-ulang isu 1MDB ini, walaupun isu ini telah dibawa ke mahkamah.

Minggu lepas banyak konten-konten berkenaan 1MDB disiarkan di media massa seolah seperti terselaras dan terancang.

Mungkin mereka cuba menghangatkan isu 1MDB ini semula di saat populariti “Bossku” Najib sedang meningkat dan di saat rakyat semakin tidak berpuas hati dengan prestasi kerajaan.

Setiap kali ada masalah pentadbiran kerajaan PH atau kesilapan dasar mereka sendiri yang mereka tidak mampu selesaikan, mereka akan petik 1MDB.

Kalau ikut pemimpin-pemimpin PH ini, mungkin mereka rasa mereka semua murni dan bijak mentadbir dan semua benda adalah salah 1MDB dan salah Najib:

Tak boleh hapus PTPTN: 1MDB

Tak boleh hapus tol: 1MDB

Tak boleh turun minyak: 1MDB

Harga sawit jatuh: 1MDB

Harga getah jatuh: 1MDB

Ekonomi negara jatuh: 1MDB

Orang hilang kerja: 1MDB

ABC: 1MDB

XYZ: 1MDB

Dot dot dot: 1MDB

Namun hakikatnya amatlah berlainan.

Nampaknya kini Anwar pun mungkin sudah mula rasa tercabar dan tertekan dengan populariti “Bossku” Najib.

Lebih-lebih lagi bila Bossku Najib kini popular di kalangan orang muda berbanding Anwar.

20 tahun lepas orang muda sokong Anwar.

Tapi sekarang Anwar sudah tua.

Orang muda kini pun mungkin tidak ingat beliau.

Beliau pun mungkin sudah tidak boleh “relate” dengan orang muda sekarang.

Tapi orang muda kini mula suka Bossku Najib.

Anwar pasti panas.

Silap haribulan beliau mungkin mencipta sejarah menjadi bakal PM paling lama iaitu bakal PM ke-5, ke-6, ke-7, ke-8 dan seterusnya, wallahualam.

Kena tanya Bossmu Tun Mahathir.

Kepada Dato’ Seri Anwar, bersabarlah.

Kalau ada rezeki itu, ada lah.

Kalau tidak ada, nak buat macam mana.

Rezeki tidak pernah salah alamat.

Semuanya ketentuan Allah.

ISHAM JALIL
24 Januari 2019

0 comments on “ANWAR PULA PANAS DENGAN NAJIB?

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Google photo

You are commenting using your Google account. Log Out /  Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: