Kenyataan

BEBERAPA KAMPUNG ORANG ASLI PRO-BN KINI TELAH DITAWAN PH

Oleh: ISHAM JALIL

Semalam ada perjumpaan tertutup di antara Anwar Ibrahim dengan sekurang-kurangnya 10 orang Tok Batin di Pos Betau, Cameron Highlands.

Agensi-agensi risikan kerajaan pun tidak dibenarkan masuk dalam perjumpaan ini.

Namun saya pasti ada perkara penting yang dibincang dan dijanjikan di sini.

Peti undi Pos Betau ini adalah peti undi Orang Asli terbesar di Cameron Highlands dengan lebih 1,200 pengundi.

Selepas ke Pos Betau, Anwar dan Lim Kit Siang telah pergi ke kawasan pendalaman untuk berjumpa Orang Asli di Pos Senderut.

Peti undi Pos Senderut ini adalah peti undi Orang Asli kedua terbesar di Cameron Highlands dengan lebih 1,000 pengundi.

Sebelum ini kesemua 21 perkampungan Orang Asli di Pos Senderut adalah pro-BN.

Namun kini menurut pemerhatian dan sumber orang tempatan, sekurang-kurangnya lima perkampungan ini telah ditawan oleh PH iaitu Kampung Tual, Kampung Regang, Kampung Sawih, Kampung Labu dan Kampung Janggap.

Bendera-bendera PH banyak kelihatan terpacak di kampung-kampung ini berbanding bendera BN.

Sebelum ini juga, sebahagian daripada Orang Asli di kampung-kampung ini telah memeluk agama Kristian oleh mubaligh-mubaligh Kristian.

Berdasarkan perbualan saya dengan beberapa penduduk Orang Asli di kampung-kampung ini, mereka telah diarah oleh Tok Batin mereka untuk mengundi PH kali ini.

Kebanyakan pemimpin-pemimpin dilihat banyak berkempen di Tanah Rata yang berdekatan dengan hotel, homestay dan kemudahan awam namun tidak ramai yang pergi ke kawasan pendalaman.

Berlainan dengan di kawasan-kawasan lain, di kawasan pendalaman, penduduk Orang Asli lebih suka dengan kempen bersemuka berbanding kempen melalui media sosial.

Dan mereka tahu bukan mudah untuk orang luar datang melawat mereka ke kawasan mereka, oleh itu mereka menghargai usaha tersebut.

Juga, walaupun Orang Asli di kawasan pendalaman mempunyai telefon bimbit moden, namun bahan-bahan kempen melalui Whatsapp dan Facebook kurang sampai kepada mereka sebab capaian internet adalah lemah atau tiada langsung di kawasan-kawasan ini seperti di Pos Senderit, Pos Betau, Pos Titum dan Pos Lenjang.

Lim Kit Siang, Anwar Ibrahim dan Dato’ Seri Najib Razak mungkin tahu akan hal ini sebab itu mereka masuk ke kawasan pendalaman Orang Asli ini dan bukan hanya berkempen di kawasan berdekatan atau hanya melalui media sosial.

Seperti yang saya katakan sebelum ini, walaupun calon kita baik dan berwibawa, kita tidak boleh alpa.

Sekiranya PH mendapat 20% atau 1,500 daripada 7,000 undi Orang Asli di pilihanraya kecil Cameron Highlands kali ini, DAP mungkin akan dapat “mencuri” kerusi ini daripada BN.

Jika ini berlaku maka kita akan tewas dan leburlah harapan kita untuk mencipta sejarah membawa Orang Asli pertama menjadi Ahli Parlimen Dewan Rakyat di Malaysia.

Dan kita mungkin tidak akan dapat atau perlu menunggu bertahun-tahun atau berdekad lamanya untuk mendapat peluang keemasan ini lagi.

ISHAM JALIL
Marhaen UMNO
18 Januari 2019

0 comments on “BEBERAPA KAMPUNG ORANG ASLI PRO-BN KINI TELAH DITAWAN PH

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Google photo

You are commenting using your Google account. Log Out /  Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: