Akhbar Media

‘Bossku’ buat Anwar panas, kata Isham Jalil

https://www.sinarharian.com.my/article/9407/BERITA/Politik/Bossku-buat-Anwar-panas-kata-Isham-Jalil

SHAH ALAM ‑ Populariti bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib yang kian memuncak kini tidak disenangi oleh beberapa pemimpin termasuk Presiden PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim.
Dakwa bekas Pegawai Khas Najib, Isham Jalil berkata, ini dibuktikan dengan kenyataan Anwar yang kurang senang dengan kehadiran bekas Perdana Menteri itu berkempen di PRK Cameron Highlands.
“Semalam beliau (Anwar) pula bercerita pasal 1MDB.

“Mungkin mereka cuba menghangatkan isu 1MDB ini semula di saat populariti ‘Bossku’ Najib sedang meningkat dan di saat rakyat semakin tidak berpuas hati dengan prestasi kerajaan.
“Nampaknya kini Anwar pun mungkin sudah mula rasa tercabar dan tertekan dengan populariti ‘Bossku’ Najib,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.
Semalam, Anwar dalam satu ceramah di Tanah Rata, menempelak Najib kerana hadir ke Cameron Highlands ‘tanpa rasa bersalah’ meskipun Najib orang yang bertanggungjawab merosakkan imej Malaysia di mata dunia.
Jelasnya Isham, setiap kali ada masalah pentadbiran kerajaan PH atau kesilapan dasar mereka sendiri yang mereka tak mampu selesaikan, mereka akan petik 1MDB.
“Kalau ikut pemimpin‑pemimpin PH ini, mungkin mereka rasa mereka semua murni dan bijak mentadbir dan semua benda adalah salah 1MDB dan salah Najib: Tak boleh hapus PTPTN: 1MDB.
“Tak boleh hapus tol: 1MDB; Tak boleh turun minyak: 1MDB; Harga sawit jatuh: 1MDB; Harga getah jatuh: 1MDB; Ekonomi negara jatuh: 1MDB; Orang hilang kerja: 1MDB,” katanya dipetik dalam kenyataan itu.

Bagaimanapun katanya, hakikatnya apa yang berlaku amatlah berlainan.
“Anwar sudah tercabar, lebih‑lebih lagi bila ‘Bossku’ Najib kini popular dalam kalangan orang muda berbanding Anwar. 20 tahun lepas orang muda sokong Anwar.
“Tapi sekarang Anwar sudah tua. Orang muda kini pun mungkin ŕdak ingat beliau. Beliau pun mungkin sudah tak boleh “relate” dengan orang muda sekarang,” katanya.
Jelasnya lagi, “tapi orang muda kini mula suka Bossku Najib. Anwar pula panas,”.
Katanya, silap haribulan Anwar mungkin mencipta sejarah menjadi bakal Perdana Menteri paling lama iaitu bakal PM ke‑5, ke‑6, ke‑7, ke‑8 dan seterusnya.
“Kena tanya Bossmu Tun Mahathir. Kepada Datuk Seri Anwar, bersabarlah. Kalau ada rezeki itu, ada lah. Kalau tidak ada, nak buat macam mana.
“Rezeki tidak pernah salah alamat.Semuanya ketentuan ALLAH,” kata Pengerusi Sukarelawan Malaysia itu lagi.

0 comments on “‘Bossku’ buat Anwar panas, kata Isham Jalil

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Google photo

You are commenting using your Google account. Log Out /  Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: