Kenyataan

MENGAPA PH TIDAK LETAK CALON ORANG ASLI DI CAMERON HIGHLANDS

Oleh: ISHAM JALIL

Hari ini lebih banyak kenderaan-kenderaan jentera PH dilihat memasuki kawasan pendalaman Orang Asli di Pos Senderut dan Betau iaitu peti-peti undi terbesar Orang Asli.

Anwar Ibrahim telah turun ke Senderut dan Betau untuk berjumpa Tok-tok Batin dan masyarakat di sana.

Lim Kit Siang telah bermalam selama tiga hari di Senderut.

Dan saya mendapat laparan bahawa Tun Mahathir akan turun ke Betau dan Senderut pada minggu depan untuk berjumpa Orang Asli di sini.

Apabila tiga pemimpin tertinggi PH termasuk Perdana Menteri dan bakal Perdana Menteri turun ke kawasan Orang Asli yang dulunya kubu kuat BN, kita tahu mereka sedang target kawasan ini dan kawasan ini adalah penting.

Pemimpin-pemimpin PH ini kini menggandakan usaha mereka untuk menawan Orang Asli.

Mereka (PH) tidak menjenguk dan tidak peduli pun kawasan-kawasan Cina di Tanah Rata kerana mereka anggap undi Cina telah diikat dalam genggaman mereka.

Dan dengan Kayveas membantu mereka untuk undi India, mereka juga tidak peduli kepada pengundi India.

Saya akan terus menulis dan membongkar gerakan dan strategi PH di PRK Cameron Highlands ini seperti di atas termasuk salahguna kuasa mereka dalam mengguna aset kerajaan untuk kempen pilihanraya.

Saya harap jentera BN mengambil maklum perkara ini dan saya pasti kita akan mengambil langkah sewajarnya.

Dan saya ingin bertanya kepada pemimpin-pemimpin PH ini:

Kalau PH betul-betul prihatin kepada Orang Asli di Cameron Highlands, mengapa mereka tidak ketengahkan calon Orang Asli?

Dan mengapa pula mereka kini bersungguh-sungguh menggunakan Orang Asli untuk merebut kerusi ini dari Orang Asli sendiri?

Calon Orang Asli BN bakal menjadi Ahli Parlimen Dewan Rakyat pertama dari kalangan Orang Asli di Malaysia jika beliau menang.

Takkan peluang ini pun DAP hendak rampas dari Orang Asli?

Sebenarnya, jika PH ada hati perut, mereka patut mengundur diri dari PRK kali ini dan memberi peluang kepada Orang Asli untuk mencipta sejarah.

Apa-apapun saya yakin BN akan terus istiqamah dan berjuang dengan kental dan ikhlas.

ISHAM JALIL
Istiqamah dalam perjuangan
20 Januari 2019

0 comments on “MENGAPA PH TIDAK LETAK CALON ORANG ASLI DI CAMERON HIGHLANDS

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Google photo

You are commenting using your Google account. Log Out /  Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: