Kenyataan

CALON PH TAK PEDULI KEPADA SPR DAN UNDANG-UNDANG

Oleh: ISHAM JALIL

Pagi ini calon PH Manogaran pergi ke pusat pengundian dengan memakai baju berlogo PH.

Mengikut Akta Kesalahan Pilihanraya 1954, sesiapa yang memakai apa-apa pakaian yang mempunyai logo parti yang berada di tempat pengundian pada hari pengundian – atau berada dalam lingkungan 50 meter dari tempat pengundian adalah bersalah dan boleh dikenakan hukuman penjara hingga 1 tahun atau denda sehingga RM5,000 atau kedua-duanya.

Undang-undang ini dibuat untuk mengelakkan masalah seperti kekecohan, pergaduhan atau syak wasangka di kawasan mengundi.

Hukuman terhadap kesalahan ini seperti di atas adalah hukuman yang paling berat di bawah Akta Kesalahan Pilihanraya jika didapati bersalah.

Seksyen 26(1) Akta Kesalahan Pilihanraya 1954 – Batasan pada hari mengundi menyebut:

“Tiada seorang pun boleh pada hari mengundi…

(g) dalam jarak lima puluh meter dari sempadan mana-mana tempat mengundi dan dalam tempat mengundi, memakai, memegang atau membawa apa-apa bentuk atau jenis pakaian, tutup kepala, barang hiasan, roset, botol air atau payung yang padanya tercetak atau tertera nama calon atau nama, lambang atau simbol mana-mana parti politik.”

Calon PH ini bukan tidak tahu Undang-undang ini, ini bukan pertama kali beliau bertanding pilihanraya.

Namun mungkin beliau tidak peduli kepada Undang-undang dan SPR sebab beliau rasa SPR ada dalam tangan dia atau beliau rasa Pengerusi SPR ini lembik untuk ambil apa-apa tindakan?

ISHAM JALIL
26 Januari 2019

0 comments on “CALON PH TAK PEDULI KEPADA SPR DAN UNDANG-UNDANG

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Google photo

You are commenting using your Google account. Log Out /  Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: