Kenyataan

KEPUTUSAN TIDAK RASMI PRK CAMERON HIGHLANDS

Oleh: ISHAM JALIL

Semua peti undi di Parlimen Cameron Highlands telah ditutup pada pukul 5:30PM tadi.

Peratusan keluar mengundi akhir di PRK Cameron Highlands adalah 70%.

Peratusan ini adalah memberansangkan dan adalah yang tertinggi jika dibandingkan dengan pilihanraya-pilihanraya kecil yang lepas iaitu PRK Sungai Kandis (49%), PRK Balakong (43%), PRK Seri Setia (44%) dan PRK Port Dickson (58%).

Keputusan awal tidak rasmi menunjukkan yang BN telah menang di kesemua peti-peti undi di DUN Jelai.

Keputusan-keputusan awal yang diperolehi daripada peti-peti undi Orang Asli menunjukkan yang Orang Asli telah keluar mengundi dengan peratusan yang tinggi dan memberi sokongan kepada Barisan Nasional.

Keputusan-keputusan awal di peti-peti undi Melayu di Jelai juga menunjukkan pertambahan undi dan majoriti kepada Barisan Nasional.

Di PDM Kampung Keledek yang BN kalah pada PRU-14 yang lepas, kali ini BN menang dengan lebih 600 undi majoriti.

Ini menunjukkan penyokong-penyokong PAS telah keluar mengundi BN kali ini.

Berdasarkan maklumat-maklumat terkini yang diterima, saya unjurkan yang calon Barisan Nasional akan menang dengan majoriti di antara 1,000 ke 3,000 undi di PRK Cameron Highlands kali ini.

Namun jika keputusan SPR menyatakan BN kalah dan PH pula disytiharkan menang, saya pasti ada sesuatu yang “pelik” telah berlaku.

ISHAM JALIL
26 Januari 2019
6:30PM

0 comments on “KEPUTUSAN TIDAK RASMI PRK CAMERON HIGHLANDS

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Google photo

You are commenting using your Google account. Log Out /  Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: