Utama Video

SIRI MASALAH RAKYAT SELANGOR (DAN SEMENYIH) YANG TIDAK DIPEDULIKAN KERAJAAN:

1. RUMAH MAHAL (Sambungan)

Dahulu pemimpin Kerajaan PH Negeri Selangor cuba untuk menyalahkan pihak lain dan melepas tangan tentang masalah kenaikan harga rumah yang mendadak di Selangor akibat kenaikan cukai dan premium tanah.

Mereka telah menyatakan bahawa kenaikan premium dan cukai taksiran tanah di Selangor adalah salah Kerajaan Persekutuan.

Dan dahulu saya jawab ini tidak benar dan tidak masuk akal langsung sebab hal ehwal tanah dan percukaian tanah adalah di bawah bidang kuasa kerajaan negeri seperti yang termaktub di dalam Perlembagaan.

Jika kenyataan mereka itu benar sekalipun, kini PH telah menguasai Kerajaan Persekutuan.

Menteri Perumahan juga adalah Ahli Parlimen PH dari Selangor.

Mengapa mereka masih tidak buat apa-apa tentang masalah rumah mahal di Selangor ini?

Kebanyakan anak muda terutama yang baru mendirikan rumah tangga masih tidak mampu membeli rumah di Selangor.

Rumah di Selangor masih kekal jadi rumah mampu tengok.

Di Semenyih banyak kawasan perumahan yang baru.

Namun adakah anak Semenyih generasi baru mampu beli rumah di situ?

Atau adakah mereka perlu berhijrah ke luar kerana tidak mampu lagi tinggal di Semenyih?

Dan kepada pembeli rumah sedia ada di Selangor yang telah membeli rumah dalam tempoh 10 tahun kebelakangan ini:

Pernahkah anda terfikir bahawa sepatutnya kita tidak perlu berhutang bank dengan begitu banyak selama berpuluh tahun dengan bayaran yang membebankan setiap bulan untuk membeli rumah di Selangor jika selama ini Kerajaan PH negeri Selangor telus dan prihatin dalam dasar perumahan dan percukaian tanah mereka?

ISHAM JALIL
3 Februari 2019

(Sila tonton video di bawah untuk maklumat lanjut. Klip video ini dirakam pada tahun lepas namun masih relevan.)

P/S: Saya bantu kempen untuk BN awal sikit untuk PRK Semenyih ini.

Ini kerana banyak isu dan material yang perlu diutarakan dalam tempoh yang singkat ini untuk membantu para pengundi membuat keputusan yang terbaik untuk mereka sebelum hari mengundi pada 2 Mac 2019 ini.

Saya orang Selangor. PRK ini di negeri Selangor. Saya mahu BN menang dalam PRK ini. Oleh itu saya akan bantu sedaya upaya.

0 comments on “SIRI MASALAH RAKYAT SELANGOR (DAN SEMENYIH) YANG TIDAK DIPEDULIKAN KERAJAAN:

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Google photo

You are commenting using your Google account. Log Out /  Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: