Utama Video

TARIF AIR SELANGOR AKAN NAIK SELEPAS PRK SEMENYIH

Oleh: ISHAM JALIL

SIRI MASALAH RAKYAT SELANGOR (DAN SEMENYIH) YANG TIDAK DIPEDULIKAN KERAJAAN:

2. BEKALAN AIR BERSIH YANG KERAP TERPUTUS

Selangor mempunyai kadar kekerapan terputus bekalan air yang tertinggi di Malaysia.

Mengikut laporan Persatuan Air Malaysia yang terkini, 259,000 (62%) daripada 419,000 kejadian terputus bekalan air di Malaysia berlaku di negeri Selangor.

Pahang, negeri yang lebih besar dari Selangor dan terbesar di Semenanjung Malaysia hanya mengalami 2,000 kes terputus bekalan air setahun, seratus kali ganda lebih kecil berbanding Selangor.

Sejak beberapa tahun yang lalu saya mula mengkaji dan menulis di akhbar-akhbar berkaitan masalah air di Selangor.

Masalah ini bukan sahaja menyusahkan rakyat namun menyebabkan pelabur asing lari dari negeri Selangor.

Masalah ini sebenarnya telah diketahui sejak sepuluh tahun yang lalu oleh kerajaan negeri dan persekutuan.

Ia berpunca daripada loji-loji dan sistem paip air di Selangor yang usang dan tidak mencukupi.

Pada tahun 2008, pelan perstrukturan industri bekalan air Selangor telah dirancang untuk memulihkan masalah air di Selangor dengan suntikan dana daripada Kerajaan Persekutuan untuk memperbaiki dan menambah kapasiti loji-loji dan sistem perpaipan air di Selangor.

Untuk dana ini, kerajaan negeri telah bersetuju untuk menjual aset-aset air sedia ada kepada Kerajaan Persekutuan.

Dan kerajaan negeri akan membayar balik kepada Kerajaan Persekutuan untuk menggunakan aset-aset ini melalui pembayaran sewa (lease).

Namun sehingga kini selepas 10 tahun, penstrukturan menyeluruh industri air di Selangor ini masih belum dilaksanakan.

Ini kerana sehingga bulan Mei 2018 yang lepas, pihak Kerajaan Negeri PH dan Kerajaan Persekutuan BN masih tidak dapat mencapai persetujuan tentang harga jualan aset satu syarikat air di Selangor iaitu SPLASH.

Pada tahun 2014, Menteri Besar Selangor pada ketika itu, Tan Sri Khalid Ibrahim telah mentaksirkan bahawa nilai adil (fair value) aset SPLASH adalah RM250 juta.

Namun demikian, pemimpin-pemimpin PKR yang lain seperti Azmin Ali mahu menjual aset SPLASH ini dengan harga yang tinggi iaitu sehingga lebih RM2.5 billion, atau sepuluh kali ganda.

Kerajaan Persekutuan BN pada ketika itu tidak bersetuju dengan harga jualan yang terlampau tinggi ini sebab ini akan meningkatkan bayaran sewa (lease) yang perlu dibayar oleh kerajaan negeri.

Sekiranya harga dan sewa ini tinggi, ia akan memaksa kerajaan negeri untuk meningkatkan tarif air yang akan membebankan rakyat.

Tiga tahun lepas saya pernah menulis satu artikel dan menyatakan bahawa dasar air kerajaan negeri Selangor adalah tidak mampan dan merugikan rakyat.

Saya juga pernah mengutarakan beberapa jalan penyelesaian.

Di bawah PH ini masalah air di Selangor masih tidak lagi selesai dan akan berterusan.

Walaupun demikian, saya menjangka bahawa Menteri Besar Selangor yang baru pada ketika itu, YAB Azmin Ali akan menaikkan tarif air selepas PRU-14 walaupun masalah air masih tidak selesai (baca di sini: https://www.nst.com.my/…/2…/12/199148/selangor-water-blunder)

Kini PH telah menguasai Kerajaan Persekutuan dan ini lebih memudahkan kerajaan PH negeri Selangor untuk menjual aset SPLASH dengan harga yang berlipat kali ganda seperti yang dimahukan oleh pemimpin-pemimpin politik PH terutama PKR.

Negeri-negeri PH yang lain seperti Melaka dan Pulau-Pinang telahpun menaikkan tarif air baru-baru ini.

Perak dan Negeri Sembilan pun akan menyusul.

Oleh itu tarif air di Selangor akan naik selepas pilihanraya kecil (PRK) Semenyih ini.

Rakyat akan ditipu lagi.

Yang untung adalah syarikat kroni.

ISHAM JALIL
5 Februari 2019

P/S: Mohon tonton video klip di bawah untuk maklumat lanjut terutama minit 1:20 ke 2:20.

Selamat menyambut Tahun Baru Cina 2019.

0 comments on “TARIF AIR SELANGOR AKAN NAIK SELEPAS PRK SEMENYIH

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Google photo

You are commenting using your Google account. Log Out /  Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: