Kenyataan

APA STANDARD MORAL YANG PEMIMPIN BERSATU PAKAI UNTUK BACK-UP KAWAN MEREKA?

Saya terkesima dengan jawapan pemimpin-pemimpin Bersatu yang mempertahankan rakan mereka yang “terkantoi” tipu kelulusan.

Logik moral bagi alasan mereka untuk mempertahankan rakan Timbalan Menteri mereka tersebut adalah seperti berikut:

1. Sekurang-kurangnya beliau bukan perogol atau pencuri.

2. Beliau bukan nak jadi CEO bank atau ketua badan korporat pun.

3. Ijazah beliau tidak digunakan untuk pertimbangan jawatan Timbalan Menteri tersebut pun oleh itu beliau tidak perlu letak jawatan, kata Dato’ Seri Mukhriz Mahathir.

Ketiga-tiga alasan ini tidak menjawab soalan malah lemah dasar moralnya.

Untuk alasan pertama, mereka seolah-olah menghalalkan satu dosa jika ada dosa yang lebih besar.

Mereka seolah berkata “tidak apa dia menipu, asalkan dia tidak merogol”.

Jika mereka boleh menerima alasan ini, mungkin mereka juga boleh menerima alasan “tidak apa merogol, asalkan dia tidak membunuh”.

Adakah mereka sendiri yakin dengan hujah mereka ini?

Untuk alasan kedua, mereka seolah-seolah meletakkan standard moral yang rendah untuk seorang Timbalan Menteri atau pemimpin masyarakat berbanding pemimpin korporat atau bank.

Oleh itu jika ikut mereka adalah tidak apa jika seorang Timbalan Menteri menipu kelulusan berbanding pemimpin korporat.

Logik mereka ini sebenarnya songsang.

Sepatutnya pemimpin masyarakat atau Timbalan Menteri yang harus mempunyai standard moral yang lebih tinggi berbanding orang lain sebab mereka menjadi contoh tauladan kepada rakyat.

Jika seorang pemimpin masyarakat berpangkat Timbalan Menteri pun dibolehkan untuk menipu kelulusan, standard bagaimana pula akan digunakan kepada orang lain?

Logik moral mereka ini tidak masuk akal langsung yang melambangkan mereka mungkin mempunyai asas pegangan moral yang lemah.

Untuk menjadi pemimpin yang boleh dijadikan contoh tauladan kepada masyarakat, seorang pemimpin, menteri atau timbalan menteri perlu ada asas pegangan moral yang tinggi.

Sebaiknya kita mahu pemimpin dalam kerajaan yang jujur, ikhlas dan bermoral.

Jika kita terima logik moral mereka ini, maka kita juga menerima yang tahap standard moral masyarakat kita menuju ke bawah.

Ini tidak boleh diterima langsung.

Hancurlah masyarakat jika kita ikut mereka ini.

Untuk alasan ketiga, kepada Dato’ Seri Mukhriz Mahathir, rakan Timbalan Menteri YB ini bukan perlu meletakkan jawatan sebab ijazah tiruan beliau telah digunakan untuk pertimbangan jawatan tersebut, namun sebab tindakan beliau yang telah menipu kelulusan itu.

Ia adalah soal kebolehpercayaan (trustworthiness), bukan sahaja soal kompetensi.

Dan jika beliau tidak meletak jawatan, ia akan menjadi satu contoh tauladan yang buruk kepada rakyat di seluruh lapisan umur dan masyarakat.

Kepada pemimpin-pemimpin Bersatu yang lain, saya faham anda cuba back-up kawan anda yang tersepit.

Tapi berpada-padalah dengan hujah itu.

Cuba cari hujah yang lebih munasabah.

Ataupun, terima sahajalah kenyataan yang kadang-kadang tak boleh nak back-up dah kawan-kawan anda itu.

0 comments on “APA STANDARD MORAL YANG PEMIMPIN BERSATU PAKAI UNTUK BACK-UP KAWAN MEREKA?

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Google photo

You are commenting using your Google account. Log Out /  Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: