Kenyataan

DAP SAMAKAN MARZUKI DENGAN MARK ZUCKERBERG

Oleh: ISHAM JALIL

Saya baru baca kenyataan Timbalan Menteri Luar Negeri yang baru dikeluarkan sejam lepas yang cuba menjawab isu tipu ijazah yang dikaitkan dengan beliau.

Intipati kenyataan beliau adalah berikut:

Beliau berkata beliau tidak pernah memasukkan apa-apa maklumat berkaitan pendidikan beliau di dalam Wikipedia yang menyatakan beliau mendapat pendidikan daripada University of Cambridge, dan beliau kata sesiapa sahaja boleh memasukkan maklumat di atas dalam Wikipedia.

Komen saya ringkas sahaja:

Beliau masih tidak dapat jawab dua perkara:

1. Mengapa ambil ijazah yang boleh dibeli dari “universiti” palsu?

2. Soal Wikipedia itu kita tahu. Tapi, bagaimana pula dengan kenyataan rasmi Kerajaan PH yang dikeluarkan melalui kenyataan media di BERNAMA pada 19 Julai 2018 mengumumkan perlantikan Marzuki sebagai Senator yang berbunyi:

“Beliau mendapat pendidikan awal di SK dan SMK St Mark di Butterworth sebelum melanjutkan pengajian sarjana muda pentadbiran perniagaan, dengan pengkhususan dalam bidang lojistik melalui pengajian jarak jauh di University of Cambridge”.

Ini kenyataan rasmi kerajaan bukan Wikipedia.

Yang ini siapa masukkan pula?

Hantu mana?

Tadi Tun Mahathir baru buat kenyataan berkenaan isu ini.

Beliau kata: “Bersatu belum tahu apa sebenarnya berlaku”.

Saya dah agak dah.

Cuba tengok posting saya sebelum ini pukul 12 tengahari tadi.

Cuma beliau ubah ayat sikit.

Ada seorang lagi pula Timbalan Menteri DAP cuba back-up kawan dia, dia kata Mark Zuckerberg, Bill Gates dan Steve Jobs pun tidak ada ijazah atau tidak menamatkan pengajian di Harvard.

Timbalan Menteri DAP ini nampaknya bersungguh dan terdesak nak back-up kawan dia dengan hujah sebegini.

Namun soal utama isu ini ialah soal kebolehpercayaan, soal kompetensi ialah kedua.

Jika rakyat tak boleh percaya kepada menteri atau timbalan menteri mereka, bagaimana mereka nak percaya dan hormat kepada kerajaan dan dasarnya?

Dan saya cuma nak cakap dua perkara kepada Timbalan Menteri DAP yang cuba back-up kawan Bersatu dia ini:

Pertama, memanglah Mark Zuckerberg, Bill Gates dan Steve Jobs tidak ada ijazah atau tidak tamat pengajian, tapi mereka tidak pernah menipu berkenaannya.

Kedua, jangan samakan Marzuki dengan Mark Zuckerberg. Tolonglah..

0 comments on “DAP SAMAKAN MARZUKI DENGAN MARK ZUCKERBERG

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Google photo

You are commenting using your Google account. Log Out /  Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: