Kenyataan

PEGUAM NEGARA BUAT U-TURN TENTANG KES DATO’ SERI NAJIB

agtommy

Oleh: ISHAM JALIL

Pada hari ini, tiga pertuduhan ke atas Dato’ Seri Najib telah digugurkan di Mahkamah Tinggi.

Sebelum ini pada 28 Januari 2019, dua hari selepas BN menang di PRK Cameron Highlands, pihak Peguam Negara dan Kerajaan PH telah mengenakan tiga pertuduhan baru ke atas Dato’ Seri Najib.

Pertuduhan-pertuduhan baru ini dibuat hanya dua minggu sebelum perbicaraan bermula pada minggu depan.

Pertuduhan-pertuduhan baru ini dibuat seolah-olah seperti Kerajaan PH ingin membalas dendam ke atas kekalahan mereka kepada BN di Cameron Highlands yang telah dibantu oleh Dato’ Seri Najib.

Pada hari ini, ketiga-tiga pertuduhan baru tersebut tiba-tiba digugurkan oleh Peguam Negara di Mahkamah Tinggi setelah seminggu difailkan.

Sebaliknya, Peguam Negara telah memohon supaya pertuduhan ini dibawa ke mahkamah lebih rendah atau Mahkamah Sesyen.

Ini menunjukkan bahawa pihak Peguam Negara sendiri tidak yakin akan pertuduhan-pertuduhan yang dibuat dengan terburu-buru ke atas Dato’ Seri Najib di atas lantas Peguam Negara memohon untuk menggugurkannya di Mahkamah Tinggi.

Alasan yang diberikan oleh Peguam Negara ialah untuk membantu mahkamah dan mengelakkan masalah kepada hakim untuk membuat keputusan mengenainya.

Sepatutnya Peguam Negara fikir perkara ini lebih awal sebelum terburu-buru membawa tiga pertuduhan baru ini ke mahkamah sebelum ini.

Saya tidak fikir Peguam Negara ini bodoh atau beliau tidak terfikir perkara di atas sebelum membawa pertuduhan ini minggu lepas.

Jika beliau tidak bodoh, maka besar kemungkinan beliau sengaja.

Ini menguatkan lagi pendapat awam bahawa Kerajaan PH menggunakan Peguam Negara untuk menghukum Dato’ Seri Najib atas kepentingan politik mereka.

Peguam Negara telah membuang masa (dan kos) mahkamah atau dilihat seolah cuba menggunakan proses mahkamah untuk agenda politik pihak tertentu.

Kita tidak boleh membiarkan sesiapa pun menggunakan proses mahkamah dan sistem Undang-undang Negara untuk kepentingan politik mereka lebih-lebih lagi Peguam Negara.

Perkara ini mencemar sistem keadilan dan merosakkan kepercayaan rakyat kepada sistem Undang-undang Negara.

Jika ia dibiar berterusan, lama kelamaan rakyat tidak akan percaya kepada kesucian sistem perundangan negara dan tidak akan hormat kepada mahkamah dan undang-undang.

Ini mengundang pelbagai malapetaka.

Kepada Peguam Negara, tegakkanlah keadilan walaupun ia bercanggah dengan kehendak pemimpin politik kerajaan atau Perdana Menteri serta agenda politik beliau ataupun kepentingan diri kamu sendiri.

Seperti pepatah latin lama: “Fīat jūstitia ruat cælum”: Biar keadilan ditegakkan walau runtuh syurga.

ISHAM JALIL
7 Februari 2019

0 comments on “PEGUAM NEGARA BUAT U-TURN TENTANG KES DATO’ SERI NAJIB

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Google photo

You are commenting using your Google account. Log Out /  Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: