Utama Video

Sekurang-kurangnya bacalah text itu dulu sebelum masuk dewan…

Ada orang forward kepada saya video dalam Dewan Negara yang menunjukkan keterangan yang dibuat oleh YB Senator Marzuki, Timbalan Menteri Luar Negeri.

Saya tidak mahu troll beliau berkenaan video ini sebab saya rasa perkara ini adalah serius.

Rakaman keterangan beliau yang membaca text ucapan berbunyi begini:

“Merujuk kepada Resolusi 2334, Kementerian Dalam.., Luar Negeri akan terus memantau perlaksanaan Resolusi 2334 ini di PBB.

“Untuk makluman, Malaysia bersama-sama…(senyap panjang)…. maaf…. Malaysia bersama-sama…. hmmph…. apa ni….. one..(all).. $&@?!&$& … $&$?!!$… countries, telah berjaya meminta PBB, maaf ya, mata kurang baik… (senyum dan gelak kecil sendiri).”

Saya telah dimaklumkan dan dalam video menunjukkan bahawa beliau bergelut untuk membaca frasa “all like-minded countries” atau tafsirannya “semua negara-negara yang berfikiran yang sama” seperti yang tertera dalam text ucapan yang disediakan oleh Wisma Putra.

Akibat daripada bacaan yang merapu oleh YB Timbalan Menteri tersebut, saya telah dimaklumkan bahawa dalam hansard atau rekod bertulis Dewan Negara, ucapan di atas direkodkan sebagai “one light-minded country” atau tafsirannya “satu negara yang bermain-main, suka-suka atau tidak serius”.

Ini membawa maksud yang amat berlainan.

Seorang Timbalan Menteri Luar Negeri adalah seorang diplomat penting negara yang perlu berhubung dengan pemimpin-pemimpin dan diplomat-diplomat negara-negara asing dari seluruh dunia.

Semua diplomat yang memegang jawatan kerajaan tahu yang dalam hal hubungan luar negeri, setiap perkataan dalam setiap kenyataan adalah kritikal untuk mengelakkan salah tafsiran.

Dalam sejarah, banyak peperangan telah bermula disebabkan salah faham atau salah tafsir.

Contohnya, dalam Bahasa Inggeris perkataan “sanction” boleh membawa dua maksud yang bertentangan iaitu: memberi kebenaran rasmi, atau: mengenakan denda.

Jika beliau tidak faham perbezaan-perbezaan ini atau mendapati sukar untuk membacanya, maka mungkin beliau tidak sesuai untuk menjadi seorang diplomat atau memimpin Wisma Putra.

Kesalahan-kesalahan yang tidak sepatutnya seperti di atas perlu dielak terutama di jawatan-jawatan kritikal dalam kerajaan supaya kita tidak diperlekeh dan tidak diambil serius oleh orang dari dalam dan luar negeri.

Sebab sekiranya ini berlaku, kita tidak akan maju atau dihormati di mata dunia.

Sekurang-kurangnya bacalah text itu dulu sebelum masuk dewan.

0 comments on “Sekurang-kurangnya bacalah text itu dulu sebelum masuk dewan…

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Google photo

You are commenting using your Google account. Log Out /  Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: