Kenyataan Utama

SAYA MENANG KES SAMAN SYARIKAT BEKALAN AIR SELANGOR (SYABAS)

BN

Oleh: ISHAM JALIL

Alhamdulillah Mahkamah Tinggi hari ini telah membuat keputusan untuk menolak permohonan saman Syarikat Bekalan Air Selangor (SYABAS) terhadap saya.

SYABAS adalah syarikat bekalan air yang dipunyai oleh Kerajaan Negeri Selangor.

Sebelum ini SYABAS telah menyaman saya kerana saya telah menulis satu artikel berfakta yang mengkritik perkhidmatan bekalan air di negeri Selangor.

Saya telah menyatakan kepada mahkamah bahawa saman SYABAS ke atas saya ini adalah tidak berasas dan bermotifkan politik sebab saya selalu mengkritik Kerajaan Negeri Selangor dengan membawa isu-isu rakyat.

Saya berpendapat saman ini adalah cubaan untuk menutup mulut saya daripada terus bersuara mengkritik kerajaan untuk rakyat.

Saya rasa kerajaan negeri dan agensi mereka tidak tahan dengan suara dan fakta saya lantas cuba menyenyapkan saya.

Mahkamah Tinggi telah bersetuju dengan hujah saya dan menolak permohonan plaintif iaitu SYABAS dengan kos.

Sebagai seorang rakyat di negeri Selangor, saya berasa bertanggungjawab untuk membawa isu-isu dan masalah-masalah rakyat supaya kerajaan boleh memperbaiki mutu perkhidmatan mereka kepada rakyat dan tidak hanya menyusahkan rakyat.

Terutamanya apabila saya sendiri pernah berkhidmat dengan kerajaan dan syarikat berkenaan kerajaan yang memberi perkhidmatan kepada rakyat selama hampir 20 tahun sebelum ini.

Sekiranya kerajaan atau syarikat mereka tidak boleh ditegur ke atas perkhidmatan yang kurang memuaskan maka tidak akan ada semak imbang kerajaan yang berkesan dan kualiti perkhidmatan kepada rakyat akan menjadi teruk.

Keadaan ini juga berlaku jika kerajaan terlalu
kuat yang menyebabkan para menteri tidak peduli apabila ditegur atau tidak rasa malu atau mengaku apabila membuat kesalahan.

Jika ini berlaku negara kita akan menjadi sebuah negara autoritarian yang memerintah secara kuku besi dan menyengsarakan rakyat.

Ini perlu ditentang dan dielak.

TARIF AIR SELANGOR NAIK SELEPAS PRK SEMENYIH

Dua tahun lepas pada tahun 2017 saya pernah menulis di akhbar The New Straits Times bahawa Kerajaan Negeri Selangor di bawah PH akan menaikkan tarif air selepas PRU-14 selepas mereka menang pilihanraya.

Selepas negeri-negeri lain di bawah PH mengumumkan kenaikan tarif air baru-baru ini, saya pasti Kerajaan PH negeri Selangor juga akan menyusul kelak.

Ini susulan pembelian syarikat air SPLASH yang sedang dimuktamatkan oleh kerajaan dengan harga melebihi 2 bilion ringgit yang berlipat kali ganda melebihi taksiran asal sebanyak beberapa ratus juta ringgit sahaja.

Adakah syarikat ini adalah syarikat kroni kerajaan?

Selepas PRK Semenyih, tarif air akan dinaikkan oleh kerajaan untuk menanggung kos pembelian yang melampau ini.

Dan rakyat yang terpaksa menanggung kos ini dengan membayar tarif air yang lebih tinggi di Selangor.

Sudahlah perkhidmatan air masih tidak bermutu dengan bekalan air yang kerap terputus dan kualiti yang dipersoal, kini mereka ingin naikkan tarif air di Selangor pula.

Apabila rakyat mengkritik mutu perkhidmatan kerajaan, kerajaan patut berasa malu lantas memperbetulkan keadaan.

Ini kerana rakyat membayar kerajaan melalui cukai untuk perkhidmatan tersebut dan untuk gaji menteri-menteri yang berpuluh-puluh ribu.

Kita tidak mahu pemimpin kerajaan yang tidak mengambil endah hal rakyat tetapi melenting apabila dikritik.

Kuasa yang diberikan oleh rakyat adalah suatu amanah.

Pemimpin-pemimpin kerajaan perlu menjaga amanah rakyat ini apabila berkuasa.

Saya pasti SYABAS dan pihak kerajaan negeri akan membuat rayuan berkenaan kes di atas ke Mahkamah Rayuan selepas ini.

Namun saya akan terus lawan tetap lawan untuk menegakkan kebenaran sehingga ke akhir.

ISHAM JALIL
Akan terus istiqamah berjuang membawa isu rakyat
13 Februari 2019

P/S: Saya ingin mengucapkan terima kasih kepada peguam-peguam yang mewakili saya iaitu Tetuan Hafarizam, Wan & Aisha Mubarak, dan Zai Munira & Co (firma guaman isteri saya, Zai Munira Rashid). Salam.

0 comments on “SAYA MENANG KES SAMAN SYARIKAT BEKALAN AIR SELANGOR (SYABAS)

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Google photo

You are commenting using your Google account. Log Out /  Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: