Uncategorized

RUMAH DIROBOH BERGERAN, PENDUDUK BUKAN WARGA ASING

RUMAH DIROBOH BERGERAN, PENDUDUK BUKAN WARGA ASING

Oleh: ISHAM JALIL

Semalam saya telah berjumpa dengan penduduk-penduduk di Paya Jaras yang rumah mereka telah dirobohkan oleh kerajaan.

Kelmarin banyak propaganda dan fitnah telah disebarkan ke atas penduduk-penduduk di sini.

Saya syaki propaganda-propaganda ini telah disebarkan oleh pihak PH dan penyokong-penyokong mereka.

Antara propaganda ini adalah tapak rumah yang diroboh itu adalah semuanya di atas tanah milik kerajaan dan adalah tanah haram.

Dan ahli politik dan Naib Presiden PAN Ustazah Mariam telah mengatakan bahawa penduduk-penduduk yang dihalau keluar dan dirobohkan rumah tersebut adalah warga asing dan bukan rakyat Malaysia.

Apabila mereka tidak mahu menolong penduduk dan ingin lepas tangan, tentunya pelbagai alasan, fitnah dan propaganda akan disebarkan oleh ahli-ahli politik PH ini.

Propaganda-propaganda dan fitnah-fitnah di atas adalah tidak benar.

Saya telah menyiasat dan berjumpa dengan penduduk berkenaan perkara ini dan mendapati bahawa walaupun ada rumah-rumah yang tidak bergeran diroboh, namun banyak juga rumah-rumah yang diroboh tersebut mempunyai geran yang sah.

Dan hampir semua daripada 92 penduduk yang telah dihalau keluar dan diroboh rumah tersebut termasuk wanita, orang tua dan kanak-kanak adalah warga negara Malaysia.

Jika tidak mana mungkin wakil-wakil rakyat PH di sini telah pergi merayu undi kepada penduduk-penduduk tersebut sebelum pilihanraya dahulu dan menjanjikan bahawa rumah mereka tidak akan diroboh dan akan menempatkan mereka di rumah SelangorKu yang baru sebelum rumah diroboh.

Jika cerita PH itu benar, buat apa janji dan rayu undi kepada warga asing asing? Ini tidak masuk akal dan mereka (PH) telah menipu lagi.

Kini wakil-wakil rakyat PH yang telah menang pilihanraya yang lepas di kawasan ini langsung tidak nampak batang hidung.

Saya harap Menteri Besar Selangor YAB Amiruddin Shaari, Ahli Parlimen Sungai Buloh YB Sivarasa dan ADUN Paya Jaras YB Khairuddin mengambil perhatian serius tentang perkara ini dan tidak hanya galak berjanji untuk menang pilihanraya tetapi selepas itu melarikan diri dan bertindak dengan tidak berperi kemanusiaan kepada rakyat.

Ikuti luahan hati penduduk di minit 4:39 dan minit 11:05 dalam video di bawah

ISHAM JALIL
20 September 2019

0 comments on “RUMAH DIROBOH BERGERAN, PENDUDUK BUKAN WARGA ASING

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Google photo

You are commenting using your Google account. Log Out /  Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: