Uncategorized

INI JAWAPAN BUAT PENTABSUB PH YANG PERTIKAI SAYA TIDAK LAYAK KOMEN SOAL EKONOMI DAN BAJET. NEGARA.

Ada pentaksub PH mengatakan bahawa saya tidak layak untuk komen soal ekonomi dan Bajet negara sebab saya katanya bukan seorang economist.

Dia kata mungkin saya cuma ambil sijil ekonomi dalam kursus pendek sahaja.

Dia tidak percaya yang anak Melayu kampung macam saya boleh pergi ke Harvard.

Saya sebenarnya tersenyum dengan komen dan tuduhan-tuduhan pentaksub PH ini yang asyik main tabur fitnah tanpa usul periksa.

Sebab sepatutnya dia persoal Menteri Kewangannya yang kononnya ada sijil akauntan professional tetapi sebaliknya saya dimaklumkan bahawa ini tidak benar dan dia hanya ada sijil provisional atau dalam pemerhatian sahaja.

Atau menteri-menteri lain dalam PH yang ramai ada sijil palsu.

Sebab saya bukan lagi dalam kerajaan dan kelulusan saya sekarang tidaklah sekritikal kelulusan menteri-menteri.

Sijil saya sijil original.

Untuk menjawab tohmahan beliau, saya ada ijazah sarjana MPP (Political Economy & Development) dari Harvard University, (MPP: Master in Public Policy atau Sarjana Dasar Awam).

Dan saya juga ada ijazah sarjana MBA (Finance) dari Wharton School, University of Pennsylvania.

Walaupun sarjana saya ialah sarjana dasar awam Master in Public Policy (MPP) in Political Economy, memang tidak ada orang panggil saya “Public Policist”, sebagaimana tidak ada orang panggil orang yang ada Doctor of Philosophy (PhD) in Economics itu “Philosopher”, atau orang yang ada Bachelor of Science (BSC) in Economics itu “Scientist”
ataupun orang yang ada Bachelor or Arts itu “Artist”.

Kebiasaannya panggilan akan mengikut kajian bidang utama yang dibuat untuk mendapat ijazah tersebut, dalam kes saya bidang political economy.

Saya juga ada pengalaman selama hampir 20 tahun dalam kerajaan dan syarikat berkenaan kerajaan termasuk di Unit Perancang Ekonomi.

Pengalaman saya ini lebih lama dari pengalaman Menteri Kewangan Lim Guan Eng dalam kerajaan.

Oleh itu jika saya tidak boleh komen pasal ekonomi, Lim Guan Eng pun patut berhentilah dari membentang Bajet kerajaan kerana dia memang betul bukan seorang economist dan sijil professional akauntan pun tidak ada seperti didakwa.

Jika masih tidak percaya berkenaan ijazah-ijazah saya, bolehlah terus hubungi Harvard University dan Wharton School untuk pengesahan.

Dan jangan lupa juga hubungi universiti-universiti lain dan check ijazah-ijazah menteri-menteri PH juga termasuk sijil akauntan Menteri Kewangan Lim Guan Eng.

ISHAM JALIL
16 Oktober 2019

0 comments on “INI JAWAPAN BUAT PENTABSUB PH YANG PERTIKAI SAYA TIDAK LAYAK KOMEN SOAL EKONOMI DAN BAJET. NEGARA.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Google photo

You are commenting using your Google account. Log Out /  Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: