Uncategorized

ANWAR PALING RUGI JIKA MAHATHIR MENANG DI TANJUNG PIAI

ANWAR PALING RUGI JIKA MAHATHIR MENANG DI TANJUNG PIAI

Oleh: ISHAM JALIL

47 (75%) daripada 62 ahli jawatankuasa jentera pilihanraya PH di PRK Tanjung Piai adalah dari parti Bersatu, walaupun jentera Bersatu ini menyumbang kepada hanya kurang 25% (5,500) undi kepada PH di Tanjung Piai pada PRU-14 yang lepas.

Hanya 7 ahli jawatankuasa jentera PH adalah dari PKR dan 5 dari PAN.

Dan hanya 3 orang daripada 62 ahli jawatankuasa jentera pilihanraya PH di PRK Tanjung Piai tersebut terdiri daripada parti DAP, walaupun lebih 41 peratus pengundi adalah pengundi Cina yang mana 80% (15,000) dari mereka telah mengundi PH pada PRU-14 yang lepas.

Kesemua 27 ketua-ketua peti undi di daerah-daerah mengundi adalah dari parti Bersatu walaupun 9 peti undi adalah terdiri daripada majoriti pengundi Cina.

Ini bermaksud PH beranggapan bahawa undi Cina sudah ada dalam poket mereka oleh itu mereka tidak perlu mempedulikan pengundi Cina di Tanjung Piai lagi kali ini dan mereka hanya akan sibuk kejar undi Melayu.

Peruntukan-peruntukan pilihanraya PH juga akan turun kebanyakannya kepada parti Bersatu dan bukan kepada DAP, PKR atau PAN walaupun Bersatu mempunyai penyokong yang paling sedikit berbanding DAP dan PAN di Tanjung Piai.

Jika Bersatu menang lagi di Tanjung Piai kali ini, mereka akan lebih “berkepak” kepada DAP, PKR dan PAN kerana walaupun penyokong Bersatu paling sedikit tetapi mereka dapat “untung” yang paling banyak.

Dan Anwar kena tunggu lama lagi untuk jadi Perdana Menteri sebab kemenangan Bersatu di Tanjung Piai adalah kemenangan Mahathir dan mandat untuk Mahathir lebih lama jadi Perdana Menteri.

ISHAM JALIL
22 Oktober 2019

0 comments on “ANWAR PALING RUGI JIKA MAHATHIR MENANG DI TANJUNG PIAI

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Google photo

You are commenting using your Google account. Log Out /  Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: